Mesyuarat Badan Kebajikan Murid PPKI SMKOD Sesi 2022/2023 dan Bual Bicara PASM

 Mesyuarat Badan Kebajikan Murid PPKI SMK Orkid Desa Sesi 2022/2023 & Bual Bicara PASM

Tarikh: 24 April 2022

Hari: Ahad

Masa: 10 pagi - 12.00 t/hari

Tempat: Lokasi Masing-masing secara dalam talian Google Meet

Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi membentuk jawatankuasa Badan Kebajikan Murid PPKI SMK Orkid Desa yang akan membantu menyokong setiap aktiviti atau program murid yang dilaksanakan oleh PPKI SMK Orkid Desa. Manakala Bual Bicara PASM dilaksanakan untuk memastikan ibu/bapa/penjaga memahami Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah yang akan dilaksanakan oleh semua murid berkeperluan Pendidikan Khas PPKI SMK Orkid Desa. 

 Terima kasih kpd semua ibu/bapa/penjaga, guru & PPM yang hadir. Semoga dengan penubuhan dan terbentuknya jawatankuasa Badan Kebajikan Murid PPKI SMK Orkid Desa ini, segala program atau aktiviti dapat berjalan dgn jayanya dan kebajikan murid dapat dijaga.















JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

 21 April 2022

Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dijalankan pada pukul 11 - 11.10 pagi ini turut melibatkan murid berkeperluan Pendidikan Khas PPKI SMK Orkid Desa. Majoriti murid memberikan kerjasama yg baik sepanjang program dilaksanakan.























Projek Lambaian Aidilfitri Tahun 2022

 Hari Raya Aidilfitri dah semakin hampir. Guru-guru dan murid-murid PPKI SMK Orkid Desa tak terkecuali melaksanakan aktiviti persediaan Hari Raya melalui perlaksanaan Projek Lambaian Aidilfitri yang bermula pada 20 April hingga 29 April 2022. Projek ini adalah sebahagian daripada aktiviti RIMUP yang objektif utamanya untuk merapatkan sillaturrahim dan membentuk perpaduan. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti membuat kuih raya, membuat sampul raya, mewarna poster, kad raya, dan sampul raya bagi murid Kefungsian Rendah serta ucapan hari raya. Alhamdulillah, 3 jenis kuih raya berjaya dihasilkan untuk murid-murid bawa pulang ke rumah.