Sumbangan Sistem Hidroponik oleh Jabatan Pertanian Putrajaya

7 Jun 2023, Rabu - PPKI SMK Orkid Desa telah menerima dua tapak hidroponik dari Jabatan Pertanian Putrajaya. Tapak hidroponik ini adalah bertempat bersebelahan Dewan Utama.  Kerja-kerja pemasangan telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan kerja pemasangan sistem hidroponik ini mengambil masa selama hampir 3 jam. Projek hidroponik ini adalah dibawah program Kemahiran Asas Tanaman bagi murid kefungsian rendah. Sebelum ini murid-murid diajar menggunakan bekas hidroponik kecil atau yang dibuat sendiri menggunakan bahan terbuang. 

Diharap dengan penggunaan sistem hidroponik yang lengkap ini dapat mengeluarkan lebih banyak hasil tanaman sebagai produk jualan. Selain dari alatan hidroponik, Jabatan Pertanian Putrajaya turut membekalkan tanah, baja, benih dan tapak semaian dengan PERCUMA termasuk khidmat nasihat dalam penjagaan tanaman. Terima kasih Jabatan Pertanian Putrajaya dan kontraktor yang terlibat.
































RIMUP HARI RAYA AIDILFITRI 2023

 17 Mei 2023, Rabu - Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, PPKI SMK Orkid Desa turut mengadakan sambutan peringkat PPKI melalui program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP Hari Raya Aidilfitri ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid berbilang kaum tentang adapt dan cara sesuatu perayaan itu disambut, di samping dapat mengeratkan lagi sillaturrahim antara murid berbilang kaum. 

Program ini berjalan lancar dan disambut meriah dengan pelbagai hidangan serta juadah. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa murid atas sumbangan Yang diberikan bagi menjayakan program ini. Syabas Dan tahniah kpd seluruh warga PPKI SMK Orkid Desa atas kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program RIMUP ini berlangsung.