AKTIVITI PRAVOKASIONAL MASAKAN

MEMASAK ROTI LILIT DAN KARI AYAM

26 Febuari 2019
Alhamdulillah... Hari ni anak2 PPKI SMKOD semua seronok dapat belajar buat roti lilit. Habis membakar, semua excited cicah roti dengan kari ayam. Memang sedap ðŸ˜Š

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS ZON BANGSAR & PUDU TAHUN 2019

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Zon Bangsar dan Pudu pada tahun ini telah diadakan bertempat di padang SMK Alam Damai pada 25 Febuari 2019. Kejohanan ini melibatkan acara lompat tinggi, lompat jauh, rejam lembing, lontar peluru dan lempar cakera. Dalam kejohanan ini, seramai 5 orang murid PPKI telah mewakili sekolah iaitu Rosh Khalis, Muhammad Naufal, Muhammad Adam, Yap Mun Hong dan Ameer Ilhansas. Alhamdulillah, PPKI SMK Orkid Desa telah berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara lempar cakera yang diwakili oleh Rosh Khalis. Rosh Khalis juga akan mewakili Zon Pudu dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Zon yang akan datang. Syabas dan tahniah kepada Rosh Khalis dan semua murid yang mewakili PPKI SMK Orkid Desa.

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA TAHUN 2019

Pada 25 Febuari telah diadakan latihan kebakaran buat kali pertama untuk tahun 2019. Latihan kebakaran yang diadakan bermula pukul 10.30 pagi ini melibatkan semua murid dan kakitangan SMK Orkid Desa bersama-sama dengan Pasukan Bomba dan Penyelamat. Syabas dan tahniah kepada semua anak-anak PPKI SMK Orkid Desa kerana telah berjaya menjalani latihan kebakaran ini, terutama kepada Johan dan Umar kerana memberanikan diri menjadi sukarela dalam memadamkan api. Semoga banyak maklumat berguna dapat dipelajari oleh anak-anak istimewa melalui latihan ini.

JOHAN SEBAGAI SUKARELAWAN DALAM LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN

UMAR SEBAGAI SUKARELAWAN DALAM LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PPKI SMK ORKID DESA

Blog PPKI SMK Orkid Desa ini diwujudkan adalah bertujuan untuk kami berkongsi program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh murid-murid istimewa kami. Melalui blog ini juga diharap dapat memudahkan ibu bapa mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan program yang bakal dilaksanakan. Selain itu, diharap juga melalui blog ini, kami dapat berkongsi maklumat berkaitan murid istimewa secara lebih luas lagi. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas atau komen membina dari para pengunjung blog. Semoga anak-anak istimewa kita dapat hidup berdikari dan berjaya mencapai impian. In Sha Allah.

RIMUP TAHUN BARU CINA 2019

 Pada 20 Februari 2019 (Rabu), RIMUP Tahun Baru Cina telah diadakan di Bilik Rekreasi PPKI pada pukul 9.00 pagi. Murid-murid berbangsa Cina memakai baju merah untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama-rakan-rakan yang lain. Para guru dibantu oleh murid untuk menyediakan tempat dan menghidangkan makanan. Encik Abdul Samad, Pengetua SMK Orkid Desa telah merasmikan majlis sambutan Rimup Tahun Baru Cina ini. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara ‘Yee Sang’ oleh pengetua dan pentadbir yang lain. Pada 10:30 pagi,sambutan dihangatkan lagi dengan menyaksikan persembahan nyayian murid.