Projek Kuih Samperit Anak-anak Kelas Kemahiran Pembuatan Roti

Jom menjengah ke Dapur Raya PPKI SMK Orkid Desa. Anak-anak Kelas 3 & 5 Inovatif sedang sibuk menyediakan kudapan kuih Samperit untuk Hari Raya yang bakal menjelang. Nampak pun dah tahu sedap ni. Tahniah cikgu-cikgu pembuatan roti dan anak-anak murid.












Projek Popia Nestum Anak-anak KAV Asas Masakan

 3 April 2023

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi, anak-anak PPKI SMK Orkid Desa pun sibuk dengan persiapan Hari Raya lebih-lebih lagi murid-murid kelas kemahiran Asas Masakan yang sibuk menyediakan kudapan raya iaitu Popia Nestum untuk jualan. Syabas anak-anak.


















Amali wudhuk dan Solat Dhuha

 3 April 2023

Aktiviti anak-anak PPKI SMK Orkid Desa hari ini. Amali mengambil wuduk dan solat dhuha berjemaah di Surau SMK Orkid Desa. Aktiviti ini dibimbing oleh Cikgu Ansari melibatkan murid-murid lelaki yang beragama Islam. Syabas anak-anak.