MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2019

Pada hari yang sama dengan program gotong-royong, iaitu pada 11 Januari 2019 telah dilaksanakan juga Mesyuarat Agung Rumah Sukan Kali Pertama. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih jawatankuasa di kalangan murid bagi setiap rumah sukan. Alhamdulillah program ini juga berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua guru dan murid. Alhamdulillah.










PROGRAM GOTONG ROYONG 2019

Pada 11 Januari 2019, program gotong-royong yang melibatkan murid-murid SMK Orkid Desa termasuk murid PPKI telah dilaksanakan dengan jayanya. Dalam program gotong-royong fasa 1 ini, murid-murid PPKI bekerjasama membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing. Murid dan guru kelas berusaha untuk melengkapkan kelas dengan carta-carta yang perlu ada di dalam setiap kelas. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program.