HARI KONSULTASI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) TAHUN 2020

Tarikh : 12 Februari 2020
Masa : 8.00 pagi - 12.55 t/hari
Tempat : Bilik Rekreasi, PPKI SMK Orkid Desa

Program Konsultasi kali ini telah dihadiri oleh seramai hampir 20 orang ibu/bapa.

Tujuan utama Hari Konsultasi ini diadakan adalah untuk membolehkan ibu bapa mengetahui perkembangan anak2 di sekolah & intervensi yang telah diambil oleh guru-guru dalam memastikan perkembangan positif anak2.  Seterusnya membincangkan inisiatif untuk meningkatkan potensi anak2 di sekolah. Terima kasih atas kerjasama ibu bapa yang memberikan komitmen utk hadir pada hari ini.











































MAJLIS PERASMIAN LALUAN SENSORI PPKI SMK ORKID DESA

Tarikh : 12 Februari 2020
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Tempat : Laluan Sensori PPKI SMK Orkid Desa
Perasmi : Tn Hj Azuar Bin Hussin, KMW (Pegawai Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu)

Alhamdulillah, Majlis Perasmian Laluan Sensori berjalan lancar seperti dalam perancangan. Sekalung budi dan penghargaan diucapkan kepada Tn Hj Azuar Bin Hussin kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan projek inovasi Laluan Sensori PPKI.

Laluan Sensori ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor kasar  serta motor sensori murid yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Di samping itu, dapat membantu mengawal emosi murid dengan menyalurkan tenaga melalui permainan di Laluan Sensori sebagai persediaan sebelum memulakan sesi pengajaran. 

Dengan usaha keras dan kerjasama semua guru PPKI dan murid, kami turut membina Laman Sensori yang dihubungkan dengan Laluan Sensori. Laman Sensori ini dijadikan sebagai pusat Terapi Integrasi Sensori yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran proprioseptif dan vestibular.