Mesyuarat Badan Kebajikan Murid PPKI SMK Orkid Desa Sesi 2022/2023 & Bual Bicara PASM
Tarikh: 24 April 2022
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi - 12.00 t/hari
Tempat: Lokasi Masing-masing secara dalam talian Google Meet
Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi membentuk jawatankuasa Badan Kebajikan Murid PPKI SMK Orkid Desa yang akan membantu menyokong setiap aktiviti atau program murid yang dilaksanakan oleh PPKI SMK Orkid Desa. Manakala Bual Bicara PASM dilaksanakan untuk memastikan ibu/bapa/penjaga memahami Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah yang akan dilaksanakan oleh semua murid berkeperluan Pendidikan Khas PPKI SMK Orkid Desa.
Terima kasih kpd semua ibu/bapa/penjaga, guru & PPM yang hadir. Semoga dengan penubuhan dan terbentuknya jawatankuasa Badan Kebajikan Murid PPKI SMK Orkid Desa ini, segala program atau aktiviti dapat berjalan dgn jayanya dan kebajikan murid dapat dijaga.



















0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.