TAHNIAH!!! TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN INOVASI

Tahniah diucapkan kepada Team Inovasi PPKI SMK Orkid Desa yang terdiri daripada Kaviraj A/L Segar, Chen Yi Ming, Luqman Hakeem dibawah bimbingan Cikgu Ainul dan Cikgu Aina kerana telah memenangi Tempat Ketiga Pertandingan Inovasi Karnival Kebolehpasaran MBPK Peringkat WP Kuala Lumpur Tahun 2024. 

Pertandingan Inovasi ini berlangsung pada 26 April 2024 secara dalam talian. Kumpulan Technovator PPKI SMKOD telah membentangkan inovasi BarnQuest Detective Game yang telah dicipta.

Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi buat murid-murid yang lain.







KEJOHANAN MERENTAS DESA 2024

Pada 27 April 2024, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SMK Orkid Desa bertempat di Perkarangan Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai. Acara PPKI bermula pada pukul 8 pagi yang disertai oleh murid dan ibu bapa. Syabas dan tahniah kepada semua anak-anak PPKI SMKOD yang hadir dan berjaya menyelesaikan larian merentas Desa sejauh 1.3 km. Semua murid dan ibu bapa yang turut serta berjaya mendapat tempat dan menerima medal. Terima kasih atas kerjasama yang baik dari semua ibu bapa yang hadir.