April 08, 2019SITI AINULMURSYIDA SHAMSUDINNo comments
8 April 2019
Penyampaian sijil dan lencana kepada tiga orang murid yang telah menyertai perkhemahan pengakap peringkat negeri. Tahniah Alif, Adam & Joshua. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada murid yang lain.
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.