NEW AGE LEARNER VIRTUAL CONFERENCE













Tarikh: 19 & 20 December 2020

Hari: Sabtu & Ahad

Masa: 9.00 pagi - 3.00 ptg


Peserta:

1. Azri Fahmi Noh Bin Mohd Fazil

2. Aiman Fariz Noh Bin Mohd Fazil

3. Lee Ming Hui

4. Kaviraj A/L Segar

5. Liew Yan Hao


Syabas & tahniah kepada semua murid yang telah berjaya menyertai program Peringkat Antarabangsa ini. 👍👍👍


Terima kasih kpd pihak yang memberi sumbangan 5 Tiket yg bernilai RM500 kepada murid kami. Semoga dimurahkan rezeki.

PERTANDINGAN MEMBACA TERBANYAK TAHUN 2020

 Pertandingan Membaca Terbanyak PPKI SMK Orkid Desa ini diwujudkan sebagai salah satu program Anjuran Pusat Sumber Digital PPKI SMKOD bagi menggalakkan dan mendorang minat membaca di kalangan murid. Bahan bacaan digital telah disediakan untuk memudahkan murid membaca di rumah. Murid dikehendaki membuat laporan NILAM setiap kali selesai membaca.

Pemenang dipilih setiap bulan berpandukan jumlah bahan bacaan yang dibaca dan laporan NILAM yang dibuat.

Berikut merupakan senarai murid-murid PPKI SMK Orkid Desa yang telah berjaya menjadi pemenang. Murid akan menerima plak kemenangan. 







QUIZIZZ TOURNAMENT CHALLENGE 2020




1.Kuiz ini diwajibkan kepada semua murid Kelas 1,2 & 3 Inovatif PPKI SMK Orkid Desa. 

2.Terdapat LIMA pusingan kuiz yang merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Moral & Pendidikan Islam

3.Setiap pusingan/subjek merangkumi 20-30 soalan aneka pilihan. Murid perlu menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. 

4. Murid perlu menggunakan aplikasi google meet di telefon @ laptop dan perlu akses link 15 minit sebelum pertandingan bermula. Link akan diberikan sehari sebelum pertandingan. 

5.Murid dikehendaki memastikan kamera di Google Meet sentiasa dipasang untuk pengawasan. Ibu bapa @ ahli keluarga tidak dibenarkan membantu semasa murid menjawab soalan. 

6. Peserta akan menjawab soalan secara 'live' bersama-sama, menggunakan kuiz interaktif 'Quizziz' melalui link joinmyquiz.com. Code pertandingan akan diberikan sebelum pertandingan bermula. 

Sila isikan borang pendaftaran di pautan ini: 

https://forms.gle/f8FeEmb4ahBHTruf9

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 15 Disember 2020

LAMAN SESAWANG PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMKOD

 Alhamdulillah, laman sesawang Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa kini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas seluruh Malaysia. Terutama dengan pandemik Covid-19  yang melanda negara sekarang sehingga sekolah terpaksa ditutup. Dengan adanya laman sesawang ini, murid tidak perlu bersusah payah untuk mencari Sumber-sumber pembelajaran kerana sumber dan bahan pembelajaran dalam bentuk video, latihan online, permainan interaktif, nota dan ebook boleh di dapati di laman sesawang ini

SILA LAYARI LAMAN WEB 

  PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMKOD  










SELAMAT HARI OKU SEDUNIA 2020

 


Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa disambut pada 3 Disember setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992, yang dianjurkan oleh sukarelawan dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan.

Selaras dengan komitmen antarabangsa tersebut, bermula 3 Disember 1994, Malaysia turut mengadakan sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan pada setiap tahun. Tarikh 3 Disember sememangnya merupakan hari yang cukup bermakna buat seluruh warga OKU di seluruh dunia.

Tema untuk tahun ini ialah “Membina Kesejahteraan OKU :Mendepani Perubahan”. Tema ini memberi tumpuan kepada orang kelainan upaya dalam membangunkan aspek penglibatan, saksama dan lestari untuk membantu dalam pembangunan negara.

Selamat Menyambut Hari Orang Kurang Upaya!