VERIFIKASI AKHIR ANUGERAH PENDIDIKAN DIGITAL PERINGKAT KEBANGSAAN

30 Mac 2023 - Pada hari ini telah berlangsung verifikasi akhir Anugerah Pendidikan Digital Peringkat Kebangsaan kategori PPKI terbaik di mana sekolah telah menerima kunjungan dua orang juri iaitu En. Bahrom dari BPKhas, KPM & Pn. Rabbiatul Najua dari BSTP, KPM. Turut hadir bersama untuk memberi sokongan adalah En Hafiz Gani, En Rushdi dari SSTP, JPWPKL Dan En Shukri Ngah serta Pn. Putri dari Sektor Pendidikan Khas, JPWPKL. Dalam sesi verifikasi ini, Cikgu Siti Ainulmursyida telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan slaid yang mengandungi kandungan yang diperlukan dalam rubrik pemarkahan. 





Pembentangan slaid bermula pada pukul 10 pagi dan sebaik saja selesai pembentangan, juri dibawa melawat ke Bilik Digital Maker Hub, Pusat Sumber Digital, Makmal Komputer & Smart Classroom.


















Terima kasih kpd semua pentadbir serta rakan-rakan guru yang turut sama membantu untuk melancarkan perjalanan verifikasi anugerah ini. 

Semoga ada rezeki murid-murid PPKI SMK Orkid Desa untuk tahun ini. Apapun, peluang PPKI SMK Orkid Desa tercalon ke peringkat akhir ni pun dah menjadi satu penghargaan besar buat kami. 

Permainan Menarik Di Hari ke-3 Minggu Orientasi PPKI

Aktiviti hari ketiga (22 Mac 2023), Minggu Orientasi PPKI Tahun 2023 berjalan lancar seperti yang dirancang. Di awal pagi, murid Islam berkumpul di dewan untuk Pelancaran Majlis Ihya Ramadhan manakala murid bukan Islam berkumpul di bilik rekreasi untuk program Badan Sihat, Minda Sejahtera iaitu dengan pengisian senamrobik. Selepas waktu rehat, murid dibawa ke Smart Classroom untuk aktiviti permainan. Antara permainan yang menarik dan berjaya dilaksanakan dengan penglibatan semua murid adalah, permainan Nenek-nenek si Bongkok Tiga, permainan Chopsticks Gergasi & permainan lompat kayangan. Semoga dengan aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini dapat menarik minat murid untuk terus hadir ke sekolah.