Alhamdulillah, dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling SMK Orkid Desa, PPKI telah berjaya melaksanakan satu lagi program yang melibatkan aspek kesihatan murid iaitu Program Ceramah Pergigian. Dua orang doktor dari Klinik Kesihatan telah datang untuk memberikan cerama berkaitan cara-cara penjagaan gigi yang betul. Program ini berlangsung pada 30 Januari 2019, pukul 10 hingga 11.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan Kokurikulum. Semua murid gembira dapat belajar cara membersihkan dan menjaga gigi dengan betul.

























