QUIZIZZ TOURNAMENT CHALLENGE 2020




1.Kuiz ini diwajibkan kepada semua murid Kelas 1,2 & 3 Inovatif PPKI SMK Orkid Desa. 

2.Terdapat LIMA pusingan kuiz yang merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Moral & Pendidikan Islam

3.Setiap pusingan/subjek merangkumi 20-30 soalan aneka pilihan. Murid perlu menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. 

4. Murid perlu menggunakan aplikasi google meet di telefon @ laptop dan perlu akses link 15 minit sebelum pertandingan bermula. Link akan diberikan sehari sebelum pertandingan. 

5.Murid dikehendaki memastikan kamera di Google Meet sentiasa dipasang untuk pengawasan. Ibu bapa @ ahli keluarga tidak dibenarkan membantu semasa murid menjawab soalan. 

6. Peserta akan menjawab soalan secara 'live' bersama-sama, menggunakan kuiz interaktif 'Quizziz' melalui link joinmyquiz.com. Code pertandingan akan diberikan sebelum pertandingan bermula. 

Sila isikan borang pendaftaran di pautan ini: 

https://forms.gle/f8FeEmb4ahBHTruf9

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 15 Disember 2020

LAMAN SESAWANG PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMKOD

 Alhamdulillah, laman sesawang Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa kini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas seluruh Malaysia. Terutama dengan pandemik Covid-19  yang melanda negara sekarang sehingga sekolah terpaksa ditutup. Dengan adanya laman sesawang ini, murid tidak perlu bersusah payah untuk mencari Sumber-sumber pembelajaran kerana sumber dan bahan pembelajaran dalam bentuk video, latihan online, permainan interaktif, nota dan ebook boleh di dapati di laman sesawang ini

SILA LAYARI LAMAN WEB 

  PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMKOD