Hari Raya Aidilfitri dah semakin hampir. Guru-guru dan murid-murid PPKI SMK Orkid Desa tak terkecuali melaksanakan aktiviti persediaan Hari Raya melalui perlaksanaan Projek Lambaian Aidilfitri yang bermula pada 20 April hingga 29 April 2022. Projek ini adalah sebahagian daripada aktiviti RIMUP yang objektif utamanya untuk merapatkan sillaturrahim dan membentuk perpaduan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti membuat kuih raya, membuat sampul raya, mewarna poster, kad raya, dan sampul raya bagi murid Kefungsian Rendah serta ucapan hari raya. Alhamdulillah, 3 jenis kuih raya berjaya dihasilkan untuk murid-murid bawa pulang ke rumah.






























































1 comments:
TAHNIAH GURU-GURU DAN ANAK2 PENDIDIKAN KHAS SMKOD
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.