Majlis Sumbangan Bakul Raya 2023

Sabtu, 15 April 2023 - SMK Orkid Desa dan SK Anggerik merupakan antara sekolah yang terpilih untuk menerima sumbangan bakul raya oleh YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga merupakan isteri kepada YB Perdana Menteri Malaysia. Majlis Sumbangan Bakul Raya ini turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan WP Kuala Lumpur iaitu Pn Norhayati Ab Wahab dan Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Tn Azman Bin Hj Abidin. 

Seramai 150 orang murid telah tersenarai sebagai penerima sumbangan Bakul Raya yang mana 100 daripadanya adalah murid SMK Orkid Desa dan 50 orang murid dari SK Anggerik. Majoriti murid hadir bersama ibu bapa untuk menerima sumbangan. Seramai 6 orang murid PPKI turut sama menerima sumbangan. Selesai penyerahan sumbangan, diikuti sesi bergambar bersama YB Dato' Seri Azizah. Beliau turut mengedarkan duit raya kepada semua 150 orang murid yang hadir sebelum bergerak pulang. Terima kasih YB atas sumbangan dan keprihatinan dari pihak YB.





























Majlis Pelantikan Ketua dan Penolong Tingkatan Tahun 2023

Pada 10 April 2023, Selasa telah diadakan Majlis Pelantikan Ketua dan Penolong Tingkatan merupakan antara program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah setiap tahun bagi apabila bermulanya sesi persekolahan baharu. Majlis ini diadakan bagi melantik secara rasmi Ketua dan Penolong Tingkatan bagi setiap kelas, secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada murid yang dilantik. Dalam Majlis ini, seramai 14 orang murid PPKI terlibat bagi mewakili 7 kelas yang ada. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Diharap dapat melaksanakan tugas dengan baik.