SELAMAT HARI GURU

Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi 😆. Thanks En. Shukry berikan hadiah utk guru2 PPKI SMKOD & ppm sempena Hari Guru, 16 Mei yg lalu. Semoga menjadi memori manis seharum & semanis hadiahnya. 😊

Kami warga PPKI SMK Orkid Desa mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. 
"Obor Hemah Menyinari Pertiwi"











PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK

17 Mei 2019
Penyediaan dan pengagihan bubur lambuk semalam. Program yg diadakan oleh Panitia P. Islam SMK Orkid Desa setiap kali tibanya Ramadhan. Program yang sangat meriah. Guru-guru dan kakitangan sekolah bergotong-royong untuk sama-sama menyediakan dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada murid. 

Terima kasih kepada chef bubur lambuk Kg. Baru yg diimport khas untuk program ini. Memang sedap sangat rasa bubur lambuk semalam. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana dengan kutipan sumbangan yang diberikan, telah berjaya menjalankan program yang begitu bermakna ini.