WAJAH-WAJAH BARU DI PPKI SMK ORKID DESA TAHUN 2021

 Selamat Datang diucapkan kepada murid-murid baru PPKI SMK Orkid Desa. Hari ni adalah hari pertama mereka menjejakkan kaki ke SMK Orkid Desa sebagai murid PPKI SMK Orkid Desa. Semoga semua murid baru dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sini.














HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA TAHUN 2021

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Semua murid bersemangat hadir ke sekolah. Mungkin ada yang tak sabar-sabar nak berjumpa dengan guru dan kawan2 yang dah lama x berjumpa. Sepanjang PdPR, tak puas rasa sekadar melihat wajah secara maya menerusi Google Meet. Semoga situasi seperti hari ini akan terus berpanjangan. 

Apapun, jangan lupa jaga jarak & SOP ye. Kita belum menang. Kita jaga kita. 

Antara program yg dijalankan pada hari ini adalah:

- Program Orientasi & Suai Kenal murid-murid bersama guru2, pentadbir, PPM.

- Taklimat SOP Covid-19