Majlis Anugerah Cemerlang SMK Orkid Desa 2023

Jumaat, 28 Julai 2023 - Hari ini telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan Utama SMK Orkid Desa. Majlis ini adalah bagi meraikan dan menghargai prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan SPM Tahun 2022. 

Seramai 21 orang murid PPKI SMK Orkid Desa telah menerima sijil dalam majlis ini. Tahniah buat semua. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat memberikan semangat dan menjadi inspirasi kepada murid yang lain.