PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMK ORKID DESA
Pusat Sumber Digital PPKI SMKOD telah menerima sumbangan dari Yayasan PETRONAS sebanyak RM10,000 pada April 2020. Dengan sumbangan yang diberikan, Pusat Sumber Digital PPKI SMKOD telah berjaya dibina dengan fasiliti komputer & fasiliti digital lain yang hampir lengkap.
Pusat Sumber Digital ini adalah di bawah Pn. Siti Ainulmursyida Bt Shamsudin iaitu Penyelaras Pusat Sumber PPKI SMK Orkid Desa. Dalam Fasa Covid-19 ini, fungsi Pusat Sumber Digital masih berjalan seperti biasa dengan adanya laman sesawang yang dibina.
Pautan ke Laman sesawang Pusat Sumber Digital PPKI SMKOD: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/cikguainul
Melalui laman sesawang yang dibina ini, murid dapat mengakses kepada Rak Buku Maya untuk mendapatkan bahan bacaan & murid juga dapat mengakses kepada bahan pembelajaran seperti nota, video PdPc, permainan interaktif & latihan online walaupun pembelajaran berlangsung secara Home-based learning.
Berikut merupakan gambar-gambar pembinaan Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa.










































0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.