BIRD AVIARY PPKI SMK ORKID DESA

 'Bird Aviary' PPKI SMK Orkid Desa kini telah siap dibina & menempatkan 11 ekor Burung Baji hasil sumbangan dari Pn Malathi Kandiah, Ibu kepada Vidurshan murid 1 Tera yang telah menyumbangkan burung utk Bird Aviary PPKI SMKOD ini. Terima kasih. 

Terima kasih juga kepada Pn Thilaga yg telah berusaha mencari penyumbang burung-burung ini & turut sama menyumbangkan sangkar untuk proses pengangkutan burung. Proses pengangkutan burung ke sekolah ini atas bantuan Cikgu Edi. Terima kasih.

Projek Bird Aviary PPKI SMK Orkid Desa ini adalah di bawah kelolaan & hasil usaha Cikgu Ezani dengan sokongan & kerjasama En Mohd Shukry Bin Hussain, Penolong Kanan Pendidikan Khas serta En Awang Bin Dollah, Pengetua SMK Orkid Desa.




























DARI KEBANGSAAN KE PERSADA ANTARABANGSA. TAHNIAH AMMEER.

 Sebuah kejayaan yang menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah. Murid berkeperluan khas masalah pendengaran SMK Orkid Desa, Muhammad Ammeer Badrul Hisham telah berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam Pertandingan Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities 2021 seterusnya mewakili Malaysia dan memenangi Best Award dalam pertandingan Global IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Antarabangsa untuk tahun ini.

Di Malaysia IT Challenge, beliau memenangi anugerah peserta terbaik kerana telah berjaya mendapat JOHAN dalam ketiga-tiga kategori pertandingan yang disertai iaitu elifemap, eTools Excel & etools PowerPoint.

Manakala dalam pertandingan Global IT Challenge pada 21 Oktober yang lalu, beliau telah memenangi Best Award dalam kategori pertandingan eTool Excel dan berjaya menewaskan peserta dari negara-negara yang lain.

TAHNIAH MUHAMMAD AMMEER BADRUL HISHAM 

Tahniah juga kepada Cikgu Siti Ainulmursyida yang merupakan pengurus peserta. 







HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BERSEMUKA PENGGAL 2 TAHUN 2021

 4 Oktober 2021

Hari pertama persekolahan bersemuka bagi MBK PPKI SMK Orkid Desa untuk penggal kedua setelah berbulan-bulan menjalani PdPR.

Pada pagi ini juga, kami menerima lawatan pemantauan oleh Pn. Faizzah Bt Mohd Zaki, Pegawai Khas Sekolah, PPD Bangsar Pudu. Terima kasih atas pemantauan & teguran membina yang diberikan untuk penambahbaikan.

Alhamdulillah, hari pertama persekolahan ini berjalan lancar walaupun hanya 7 orang murid yang hadir ke sekolah. Hal ini kerana masih ramai ibu bapa mengambil keputusan untuk menunggu selesainya suntikan vaksin anak-anak. Semoga kehadiran murid akan semakin meningkat. 
























Syabas & tahniah kepada semua murid yang hadir ke sekolah pada hari ini.