MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2022

 MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK ORKID DESA TAHUN 2022

Tarikh: 14 Ogos 2022H

Hari: Ahad

Masa: 8.00 pagi - 12.00 t/hari

Tahniah kpd semua murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik dan mendapat penganugerahan dalam Majlis Anugerah Cemerlang SMK Orkid Desa ini. Semoga dengan penganugerahan yang diterima ini dapat meningkatkan lagi semangat utk terus menimba ilmu dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.











































WAKIL MALAYSIA KE GLOBAL IT CHALLENGE

 Pada 10 & 11 Ogos, telah berlangsung pusingan pemilihan untuk Global IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Antarabangsa. Tahniah kpd Kaviraj Segar kerana terpilih mewakili Malaysia dalam Global IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Antarabangsa utk kategori eContents (Pembinaan Video) dan terpilih sbg video terbaik dlm Preliminary Round ini.

Keseluruhan video termasuk dari segi intro, outro, pemilihan background, muzik, contents, cara penyampaian, penulisan dan bahasa semuanya atas usahanya sendiri. Tahniah juga kepada Cikgu Ainul yang telah membimbing dari segi cara menggunakan Kinemaster editing untuk menghasilkan video.



NAIB JOHAN KEJOHANAN OLAHRAGA

Tahniah kepada Amir irfan bin Mohd Samsuri. Naib Johan 400m Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Bangsar Pudu Tahun 2022 Kategori Masalah Pembelajaran (L) Bawah 15. Kejohanan Olahraga ini telah dijalankan pada 26 & 27 Julai 2022. Semoga Amir Irfan akan terus mencapai kecemerlangan di peringkat yang seterusnya.