TERIMA KASIH AMMEER KERANA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH

 Selasa, 29 Mac 2022 - Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM 2021 yang diduduki oleh Muhammad Ammeer Badrul Hisham iaitu salah seorang murid berkeperluan khas masalah pendengaran. Di kesempatan ini, telah diadakan penyampaian plak dan sijil pertandingan Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 yang mana dalam pertandingan tersebut, Muhammad Ammeer Badrul Hisham telah mendapat JOHAN dalam 3 kategori pertandingan yang di pertandingan iaitu elifemap, eTools Excel dan eTools Powerpoint. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kategori Masalah Pendengaran. Hadiah pertandingan disampaikan oleh En Awang Bin Dollah, Pengetua SMK Orkid Desa. 

SYABAS DAN TAHNIAH!

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kpd murid yang lain.






SYABAS DAN TAHNIAH!

Syabas & Tahniah kepada dua orang murid PPKI SMK Orkid Desa iaitu Mok Swee Yeng dan Lee Ming Hui atas kemenangan dgn mendapat tempat Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan e-Catur Pendidikan Khas Peringkat JPWPKL baru-baru ini.

Mok Swee Yeng telah terpilih mewakili Kuala Lumpur ke Kejohanan e-Catur Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 28 - 30 Mac nanti. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.