Anugerah Pendidikan Digital Kategori Emas Sekolah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

Selasa, 11 Julai 2023 - PPKI SMK Orkid Desa telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pendidikan Digital Kategori Emas Sekolah Pendidikan Khas bagi Tahun 2022 yang disampaikan dalam Majlis Digital Utilisation Technology Award (DUTA) bertempat di Auditorium BSTP, Bukit Kiara. Majlis dirasmikan dan hadiah disampaikan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan, Fadhlina Sidek. Dalam Majlis yang gilang-gemilang ini, PPKI SMK Orkid Desa telah menerima hadiah sebuah trofi, sijil pencapaian dan wang tunai sebanyak RM1200 untuk pembangunan ICT PPKI SMK Orkid Desa. Pengetua SMK Orkid Desa iaitu En Rossaidi Bin Ngah dijemput menerima hadiah dan turut hadir bersama mengiringi adalah Pn Noorhayati Mustaffa, PK Pendidikan Khas dan Pn Siti Ainulmursyida Shamsudin iaitu Guru Penyelaras ICT PPKI SMK Orkid Desa. Turut hadir dalam Majlis ini adalah Ketua Pengarah JPWPKL iaitu Pn Norhayati Bt Ab Wahab dan Tn. Addnan Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah SSTP, JPWPKL.



Sesungguhnya pencapaian ini bukan lah pencapaian daripada hasil kerja yang singkat. Selama hampir 5 tahun bermula 2018, ICT PPKI SMK Orkid Desa dibangunkan daripada tiada sebarang fasiliti ICT untuk kemudahan murid sehingga lah sekarang yang mana PPKI SMK Orkid Desa telah memiliki sebuah Pusat Sumber Digital, sebuah Digital Maker Hub (hadiah daripada MDEC untuk Cikgu Ainul sebagai Juara Cikgu Juara Digital) dan turut dibangunkan oleh Cikgu Ainul iaitu blog Khas PPKI SMK Orkid Desa bit.ly/ppkismkod, portal Pusat Sumber Digital bit.ly/webookppkismkod , rak Buku Digital yang mengandungi lebih daripada 230 buah Buku (bit.ly/diglibppkismkod), YouTube Channel PPKI SMK Orkid Desa, FB page dan pelbagai inovasi sistem lain seperti Digital Classroom serta eNILAM untuk kemudahan guru dan murid. Selain itu, dengan kewujudan Pusat Sumber Digital PPKI ini, lebih banyak kemenjadian murid terutama dalam digital dapat dilahirkan. Tambahan pula dengan pencapaian demi pencapaian dalam pendidikan digital yang berjaya diraih oleh guru-guru. Tahniah buat semua guru & murid-murid PPKI SMK Orkid Desa termasuk ibu bapa yang banyak memberikan sumbangan untuk menaik taraf kemudahan ICT PPKI SMK Orkid Desa.



Terima kasih diucapkan kepada:

- BSTP, KPM atas penganugerahan ini

- SSTP, JPWPKL terutama En Hafiz & En Rushdi atas khidmat nasihat dan bimbingan.

- Sektor Pendidikan Khas, JPWPKL & Unit Pendidikan Khas PPD Bangsar Pudu atas sokongan

- Tuan Pengetua (En Samad, En Awang & En Rossaidi), PK Pendidikan Khas (En. Shukry Hussain & Pn Noorhayati) serta pentadbir yang lain

- Guru-guru & murid2 PPKI SMK Orkid Desa atas usaha & kerjasama

- Seluruh warga SMK Orkid Desa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Semoga terus menjadi inspirasi kepada yang lain.






PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 1.0

Sabtu, 8 Julai 2023 - Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 merupakan program gotong-royong yang dilaksanakan atas Saran Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah-sekolah bagi memastikan wujudnya persekitaran yang bersih, kondusif dan selamat untuk sesi PdP murid-murid. Program ini melibatkan seluruh warga SMK Orkid Desa termasuk ibu bapa dan murid. Program yang dilaksanakan bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari ini telah mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membekalkan peralatan gotong-royong serta menyumbang sarapan pagi untuk semua yang hadir. 

Terima kasih diucapkan kepada ibu Naim dan ibu Wafiy yang telah hadir untuk bersama-sama membersihkan kawàsan PPKI. Semoga dengan kerjasama serta jalinan yang terbina antara guru dan ibu bapa ini dapat memastikan anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa lagi.












Pemenang Pertandingan Membaca Terbanyak PPKI SMKOD Bulan Jun 2023

Tahniah diucapkan kepada Fong Yan Hui atas pencapaian sebagai pemenang Pertandingan Membaca Terbanyak PPKI SMKOD Bulan Jun dengan jumlah bahan bacaan sebanyak 16 buah👏👏👏.


Semoga menjadi inspirasi kepada murid yang lain untuk terus membaca dan menjadi pemenang utk bulan seterusnya. 


PERTANDINGAN MEMBACA TERBANYAK diteruskan lagi untuk Bulan Julai

📌 Terbuka kepada semua murid PPKI SMK Orkid Desa yang menguasai kemahiran membaca.


📌 Penyertaan dikira berdasarkan jumlah buku yang dibaca & laporan NILAM yang direkodkan setiap bulan.


📌 Murid boleh menggunakan bahan Bacaan sendiri seperti artikel, majalah, Buku Cerita, novel, Surat khabar atau mendapatkan bahan Bacaan dalam bentuk digital (ebook) dan buku audio visual di bit.ly/webookppkismkod


📌 Setelah membaca, rekodkan ke dalam laporan NILAM di bit.ly/nilamppkismkod


📌 Minimum 3 buah Buku direkodkan setiap bulan utk menyertai pertandingan ini dan menerima sijil penyertaan. 


📌 Pemenang akan dipilih setiap bulan berdasarkan jumlah buku Terbanyak yang dibaca dan direkodkan. Elakkan merekod Buku yang sama. 


📌 Pemenang bulanan akan menerima plak dan sijil. Pemenang bulanan paling banyak akan dipilih sebagai Tokoh NILAM PPKI SMK Orkid Desa dan akan menerima trofi keseluruhan.


📌 Ibu bapa boleh menyemak jumlah buku yang dibaca dan direkodkan oleh anak-anak di bit.ly/enilamppkismkod


Anjuran:

Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa


Guru Penyelaras:

Pn Siti Ainulmursyida Binti Shamsudin