Sabtu, 8 Julai 2023 - Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 merupakan program gotong-royong yang dilaksanakan atas Saran Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah-sekolah bagi memastikan wujudnya persekitaran yang bersih, kondusif dan selamat untuk sesi PdP murid-murid. Program ini melibatkan seluruh warga SMK Orkid Desa termasuk ibu bapa dan murid. Program yang dilaksanakan bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari ini telah mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membekalkan peralatan gotong-royong serta menyumbang sarapan pagi untuk semua yang hadir.
Terima kasih diucapkan kepada ibu Naim dan ibu Wafiy yang telah hadir untuk bersama-sama membersihkan kawà san PPKI. Semoga dengan kerjasama serta jalinan yang terbina antara guru dan ibu bapa ini dapat memastikan anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa lagi.

















0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.