Projek Lambaian Aidilfitri Tahun 2022

 Hari Raya Aidilfitri dah semakin hampir. Guru-guru dan murid-murid PPKI SMK Orkid Desa tak terkecuali melaksanakan aktiviti persediaan Hari Raya melalui perlaksanaan Projek Lambaian Aidilfitri yang bermula pada 20 April hingga 29 April 2022. Projek ini adalah sebahagian daripada aktiviti RIMUP yang objektif utamanya untuk merapatkan sillaturrahim dan membentuk perpaduan. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti membuat kuih raya, membuat sampul raya, mewarna poster, kad raya, dan sampul raya bagi murid Kefungsian Rendah serta ucapan hari raya. Alhamdulillah, 3 jenis kuih raya berjaya dihasilkan untuk murid-murid bawa pulang ke rumah.





























































Mesyuarat Agung Kelab Keusahawanan Muda, Pengakap & Kelab Badminton

 Mesyuarat Agung Kelab Keusahawanan Muda, Pengakap & Kelab Badminton PPKI SMK Orkid Desa


Tarikh: 13 April 2022

Masa: 8.00 - 11.30 pagi

Tempat: Dewan Serbaguna SMK Orkid Desa

Penglibatan: Semua Guru, PPM & murid PPKI SMK Orkid Desa.

Agenda mesyuarat:

1. Pemilihan dan perlantikan AJK di kalangan murid utk sesi 2022.

2. Cadangan aktiviti-aktiviti yg akan dianjurkan.

3. Cadangan dan penerapan yuran.