Khamis, 7 September - Sempena Minggu Hal Ehwal Murid SMK Orkid Desa, PPKI SMK Orkid Desa telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Pameran Keselamatan Siber. Syabas dan tahniah kepada Luqman Hakeem, Lim Jia Jun dan Chen Yi Ming yang terlibat dalam mengendalikan pameran kali ini bersama-sama cikgu Ainul.
Dalam pameran ini murid-murid diberikan pendedahan kepada tips-tips untuk memastikan murid tidak menjadi mangsa buli Siber. Murid juga diberikan pendedahan mengenai tatacara serta prosedur pengendalian internet yang betul dan selamat. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah permainan interaktif 'Be Internet Awesome' oleh Google yang mana murid explore dan belajar mengenai keselamatan siber melalui permainan interaktif. Syabas dan tahniah kepada lebih 30 org murid yang berjaya menerima Sijil 'Be Internet Awesome' dari Google.




















































































0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.