Pameran Inovasi dan Digital 2023

Pada 10 Ogos 2023 telah diadakan pameran Inovasi dan Digital PPKI SMK Orkid Desa sempena Perhimpunan Bulanan JPWPKL Anjuran Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan. Pameran bertempat di perkarangan auditorium JPWPKL.


Alhamdulillah, walaupun banyak kekangan yang dihadapi oleh team PPKI SMKOD termasuklah kekangan dari segi masa, kos penyediaan bahan pameran dan kekurangan guru (ramai yg terlibat dgn program latihan olahraga pendidikan khas) tapi berkat kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dan anak2 PPKI SMKOD, semua berjalan lancar.


Terima kasih kpd Pn Noorhayati Mustaffa, PKPK PPKI SMKOD yg supportive, Cikgu Rohaya MJ Aya iaitu org kuat PPKI SMKOD yg murah hati dan tak pernah kedekut menyumbang wang, masa & tenaga bagi menjayakan program. Terima kasih juga kpd rakan2 guru PPKI SMKOD yg sgt rajin dan tidak berkira kerja termasuk Cikgu Ansari Abdul yang turut membantu sepanjang pameran. Juga kpd guru2 SMKOD yang sudi meminjamkan alatan bagi menjayakan pameran hari ini. Semoga dimurahkan lagi rezeki buat yg menyumbang. 


Syabas & tahniah kpd 3 hero kami Kaviraj Segar , Chen Yi Ming & Luqman yang berjaya mengendalikan pameran hari ni. Cikgu-cikgu cuma memantau je.

























0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.