MAJLIS PERASMIAN LALUAN SENSORI PPKI SMK ORKID DESA

Tarikh : 12 Februari 2020
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Tempat : Laluan Sensori PPKI SMK Orkid Desa
Perasmi : Tn Hj Azuar Bin Hussin, KMW (Pegawai Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu)

Alhamdulillah, Majlis Perasmian Laluan Sensori berjalan lancar seperti dalam perancangan. Sekalung budi dan penghargaan diucapkan kepada Tn Hj Azuar Bin Hussin kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan projek inovasi Laluan Sensori PPKI.

Laluan Sensori ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor kasar  serta motor sensori murid yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Di samping itu, dapat membantu mengawal emosi murid dengan menyalurkan tenaga melalui permainan di Laluan Sensori sebagai persediaan sebelum memulakan sesi pengajaran. 

Dengan usaha keras dan kerjasama semua guru PPKI dan murid, kami turut membina Laman Sensori yang dihubungkan dengan Laluan Sensori. Laman Sensori ini dijadikan sebagai pusat Terapi Integrasi Sensori yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran proprioseptif dan vestibular.











































0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.