DAY 1 (3 September 2019)
Perjalanan kami dari SMK Orkid Desa ke UiTM Cawangan Arau bermula pada pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan kami yg disertai oleh 15 org murid, 9 guru & 2 penjaga dipermudahkan. Kami tiba di UITM Arau pada pukul 7 petang. Penginapan kami di Rumah Tamu Beringin pada malam itu ditaja oleh pihak UiTM Arau sendiri. Terima kasih.
DAY 2 (4 September 2019)
Sekalung penghargaan kepada Kafe Bachok UiTM kerana telah memberi tajaan sarapan pagi kepada rombongan kami. Selepas sarapan, kami berangkat ke blok pentadbiran UiTM Arau utk sesi perkenalan & beramah mesra bersama Rektor UiTM Arau iaitu Prof Dr Hj Khudzir Bin Hj Ismail. Selepas bergambar bersama, kami dibawa melawat sekitar UiTM Arau & ladang ternakan rusa milik UiTM. Perjalanan kami kemudiannya diteruskan ke Jeti Kuala Perlis. Kami menaiki feri pada pukul 11 pagi dan tiba di Jeti Kuah kira-kira pukul 12.15 tgh hari. Kami menyewa 2 buah van dan menginap di Nabil Nabila Motel yg menawarkan harga bilik yg sgt berpatutan. Seterusnya kami meneruskan lawatan ke Underwaterworld, Langkawi dan pada petang hari ke Pantai Marina Harbour dan makan malam di Pasar Malam Kuah yg terkenal di Pulau Langkawi.
DAY 3 (5 SEPTEMBER 2019)
Program kami diteruskan seawal 8 pagi. Selepas bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Tanjung Rhu. Aktiviti kami pada hari ini bermula dgn Mangrove Tour. Kami menyewa 2 buah bot dgn harga RM35/orang. Kami dibawa menjelajah Gua Kelawar, Kilim Geoforest Park, Crocodile Cave, Eagle Feeding dan Fish Farm. Mangrove Tour ini mengambil masa selama lebih dari 2 jam. Setelah selesai, kami ke Restoran Citi Nasi Campur utk mkn tengah hari. Alhamdulillah, mkn tengah gari kami ditaja oleh pemilik restoran. Selesai mkn tengah hari, kami meneruskan lawatan ke Oriental Village & Muzium 3D Art. Kira2 pukul 4 ptg, kami bergerak ke Kilang Pembuatan Minyak Gamat. Kami diterangkan cara-cara minyak gamat dihasilkan. Seterusnya, kami bergerak ke kompleks HIG dan Idaman Suri utk membeli coklat & cenderamata untuk dibawa pulang. Setelah pulang & berehat di motel, kami bertolak ke Restoran ShellOut, Pantai Cenang untuk makan malam. Harga shellout di sini sangat berpatutan iaitu RM59 utk 2-3 org. Terima kasih kepada pemilik restoran kerana memberikan diskaun harga kepada kami. Selesai mkn malam, kami berjalan-jalan di sekitar Pantai Cenang.
DAY 4 (6 SEPTEMBER 2019)
Alhamdulillah, Lawatan kami tiba ke penghujung. Kami bergambar kenangan di Dataran Helang sebelum berangkat pulang. Kami berangkat menaiki feri di Jeti Kuah kira-kira pukul 10 pagi dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pukul 12 tgh hari. Kami tiba di perkarangan SMK Orkid Desa pada pukul 8.30 mlm dan disambut oleh ibu bapa murid. Semoga program lawatan ini dpt meninggalkan pengalaman dan memori bermakna kepada murid.







































































































































































































































































































0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.