MAJLIS PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

 Pada 15 Mei 2024, telah dilaksanakan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber yang turut melibatkan murid berkeperluan Pendidikan Khas di PPKI SMK Orkid Desa. 

Tujuan diadakan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pengawas adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pelajar yang telah dipilih sebagai pengawas atas kecemerlangan dan potensi kepimpinan mereka. Majlis ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat tanggungjawab dan disiplin di kalangan pengawas, serta memberi inspirasi kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan dedikasi dan integriti. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan barisan kepimpinan pengawas kepada seluruh warga sekolah, memastikan semua pihak mengenali dan menghormati peranan mereka. Secara keseluruhan, majlis ini membantu mengukuhkan struktur organisasi sekolah dan memupuk budaya kepimpinan yang positif dalam kalangan pelajar.


Tahniah kepada semua yang dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.








SAMBUTAN HARI GURU PPKI SMKOD 2024

Hari Guru disambut pada 16 MEI setiap tahun. Sambutan Hari Guru bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan guru dalam mendidik generasi muda, serta mengiktiraf pencapaian mereka. 

Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara guru dan murid melalui aktiviti yang mesra dan menyeronokkan, serta meningkatkan semangat dan motivasi guru dalam menjalankan tugas. 

Sambutan Hari Guru mengukuhkan komitmen terhadap profesion keguruan dan menggalakkan guru untuk terus berinovasi dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Terima kasih kepada ibu Ahmad Rayyan & Ahmad Rayyan serta murid-murid yang lain atas pemberian hadiah dan kek sempena Hari Guru. 

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani.

Selamat Hari Guru 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫














































TAHNIAH!!! TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN INOVASI

Tahniah diucapkan kepada Team Inovasi PPKI SMK Orkid Desa yang terdiri daripada Kaviraj A/L Segar, Chen Yi Ming, Luqman Hakeem dibawah bimbingan Cikgu Ainul dan Cikgu Aina kerana telah memenangi Tempat Ketiga Pertandingan Inovasi Karnival Kebolehpasaran MBPK Peringkat WP Kuala Lumpur Tahun 2024. 

Pertandingan Inovasi ini berlangsung pada 26 April 2024 secara dalam talian. Kumpulan Technovator PPKI SMKOD telah membentangkan inovasi BarnQuest Detective Game yang telah dicipta.

Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi buat murid-murid yang lain.