PROJEK OLE-OLE RAYA 2024

Sepanjang Ramadan bermula 25 Mac 2024 hingga 4 April, PPKI SMK Orkid Desa menjalankan Projek Ole-ole Raya sebagai persiapan Sempena menyambut raya yg bakal menjelang tak lama lagi, team Orchidians Cafe yg terdiri daripada murid kelas Kemahiran Pembuatan Roti telah menyediakan 2 jenis biskut raya sebagai ole2 untuk diedarkan kepada murid2 PPKI SMK Orkid Desa. Anak-anak dari Orchidians Kitchen pula telah berjaya menyiapkan juadah berbuka iaitu agar-agar pencuci mulut, kek pelangi, sagu gula Melaka & Popia Nestum sebagai juadah berbuka dan juadah raya. Kelas Kemahiran Pembungkusan turut menyumbang untuk menjayakan Projek Ole-ole Raya melalui perkhidmatan Pembungkusan kuih raya sebelum diedarkan kepada murid. Syabas semua.























































MAJLIS ANUGERAH HAL EHWAL MURID, KOKURIKULUM DAN NILAM 2023

 Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan NILAM 2023

16 November 2023

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah kerana telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam setiap aspek termasuk sahsiah, kepimpinan, sukan, kokurikulum dan amalan membaca. Dalam majlis ini seramai lebih daripada 20 org murid PPKI SMK Orkid Desa telah disenaraikan sebagai penerima anugerah. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada murid-murid yang lain untuk terus berusaha.