Latihan Kebakaran Tahun 2023

Rabu, 6 September - Latihan kebakaran yang melibatkan seluruh warga SMK Orkid Desa telah diadakan pada pukul 11.30 pagi. Apabila siren kebakaran dibunyikan, semua murid bergerak dengan pantas mengikut laluan Yang telah ditetapkan dan berkumpul di tapak perhimpunan. Sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh pegawai bomba yang bertugas. Selain itu turut dijalankan demonstrasi memadam kebakaran oleh pihak Bomba serta guru dan murid. Anak-anak PPKI SMK Orkid Desa teruja menonton demonstrasi yang diadakan.










Sambutan Ambang Kemerdekaan

Pada 25 Ogos 2023 telah berlangsung Sambutan Ambang Kemerdekaan bertempat di Dewan Utama SMK Orkid Desa. Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat cintakan negara kepada murid-murid supaya semangat patriotik ini dapat disemai dalam jiwa murid melalui penghayatan sejarah Kemerdekaan Negara.

Semoga dengan sambutan ini dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di kalangan anak-anak PPKI SMKOD.






Majlis Digital Utilisation Technology Award Peringkat W.P Kuala Lumpur

Pada 23 Ogos yang lalu, telah berlangsung Majlis Anugerah DUTA Peringkat W.P Kuala Lumpur bertempat di SJKC La SALLE, KL.

Dalam majlis ini PPKI SMK Orkid Desa telah menerima Anugerah Pendidikan Digital kategori Sekolah Pendidikan Khas peringkat W.P Kuala Lumpur dan dalam Majlis yang sama, Cikgu Ainul telah menerima Anugerah Ikon Guru Digital GPICT. Pengiktirafan sebagai Guru Peneraju Generasi Digital Google turut diberikan dalam majlis ini dan Cikgu yjuga merupakan salah seorang penerima pengiktirafan GPGD ini. Tahniah buat semua pemenang anugerah.

Sekalung penghargaan buat SSTP, JPWPKL atas penganjuran majlis yg gilang-gemilang ni bagi menghargai kami para guru dan murid-murid yang bergiat aktif dalam program Pendidikan Digital.