Sambutan Ambang Kemerdekaan

Pada 25 Ogos 2023 telah berlangsung Sambutan Ambang Kemerdekaan bertempat di Dewan Utama SMK Orkid Desa. Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat cintakan negara kepada murid-murid supaya semangat patriotik ini dapat disemai dalam jiwa murid melalui penghayatan sejarah Kemerdekaan Negara.

Semoga dengan sambutan ini dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di kalangan anak-anak PPKI SMKOD.






Majlis Digital Utilisation Technology Award Peringkat W.P Kuala Lumpur

Pada 23 Ogos yang lalu, telah berlangsung Majlis Anugerah DUTA Peringkat W.P Kuala Lumpur bertempat di SJKC La SALLE, KL.

Dalam majlis ini PPKI SMK Orkid Desa telah menerima Anugerah Pendidikan Digital kategori Sekolah Pendidikan Khas peringkat W.P Kuala Lumpur dan dalam Majlis yang sama, Cikgu Ainul telah menerima Anugerah Ikon Guru Digital GPICT. Pengiktirafan sebagai Guru Peneraju Generasi Digital Google turut diberikan dalam majlis ini dan Cikgu yjuga merupakan salah seorang penerima pengiktirafan GPGD ini. Tahniah buat semua pemenang anugerah.

Sekalung penghargaan buat SSTP, JPWPKL atas penganjuran majlis yg gilang-gemilang ni bagi menghargai kami para guru dan murid-murid yang bergiat aktif dalam program Pendidikan Digital. 











Kejohanan Merentas Desa SMK Orkid Desa 2023

Pada 20 Ogos 2023 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SMK Orkid Desa bertempat di perkarangan Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai. Dalam Kejohanan Merentas Desa ini, setiap murid mengambil bahagian mewakili rumah sukan masing-masing dan kehadiran murid menyumbang mata kepada rumah sukan.

Terima kasih dan syabas kepada ibu bapa murid atas kerjasama serta turut hadir melibatkan diri bersama anak-anak dalam kejohanan ini. Syabas dan tahniah juga kepada semua murid PPKI SMK Orkid Desa yang hadir dan semua yang hadir telah berjaya menerima pingat untuk pencapaian dalam Kejohanan Merentas Desa kali ini.