Sesi Pemilihan Atlet olahraga 2023

Pada 26 hingga 28 Julai 2023 telah berlangsung sesi pemilihan atlet olahraga untuk mewakili Zon Bangsar/Pudu ke Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 10 orang murid PPKI SMK Orkid Desa turut terlibat dalam sesi pemilihan ini. Sesi pemilihan ini diadakan di SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur. Murid-murid PPKI SMK Orkid Desa yang terlibat dibimbing oleh Cikgu Ezani untuk latihan persediaan ke sesi pemilihan ini. 

Antara murid yang terlibat adalah Mohamad Alif, Chen Jien Lin, Xiao Feng, Amir Irfan, Aqil Syafi, Johan Iskandar, Calvin dan Qaisara.

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah acara lontar peluru, larian, lempar cakera, lontar lembing, lompat jauh dan lompat tinggi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru pembimbing dan atlet PPKI SMK Orkid Desa yang telah mengikuti sesi pemilihan ini. 


Majlis Sambutan Hari Lahir dan Sempena Meraikan Kejayaan PPKI SMKOD

Isnin, 17 Julai - Sempena meraikan kejayaan PPKI SMK Orkid Desa meraih Anugerah Pendidikan Digital Peringkat Kebangsaan baru-baru ini, guru-guru telah mengadakan jamuan makan yang melibatkan seluruh warga PPKI SMKOD. Dalam masa yang sama turut diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir murid-murid PPKI SMKOD yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. 



Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah Hari Lahir. Terima kasih diucapkan kepada ibu Fong Yan Hui dan Cikgu Norakmal yang telah menyumbang hadiah untuk murid-murid. Selepas selesai penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan acara memotong kek diikuti oleh jamuan makan. Terima kasih Cikgu Rohaya yang telah memberikan sumbangan untuk makanan semua murid dan guru hari ini. Semoga dilipatgandakan rezeki semua yang memberikan sumbangan.













































Kempen 'Hour of Code' #mygirlscan

Ilmu pengekodan tidak terhad kepada murid di arus perdana saja. Malah murid berkeperluan Pendidikan Khas juga mampu belajar untuk nengekod sesuatu sama ada aplikasi, game, sistem atau sebagainya. Sebagai permulaan, murid-murid diperkenalkan dgn aktiviti Hour of Code sebagai pengenalan asas. Ini sebagai penyertaan juga untuk Kempen Hour of Code #MYGirlsCan2023 yang dianjurkan oleh #mydigitalmaker. 

Murid begitu fokus dan tekun menaip setiap kod yang diberikan. Aktiviti ini sgt sesuai untuk murid Pendidikan khas terutama murid autisme untuk meningkatkan daya tumpuan serta kemahiran kognitif mereka termasuklah kemahiran psikomotor serta motor halus melalui pergerakan jari-jemari ketika menaip.

Selepas selesai membuat pengekodan, murid dibimbing oleh Cikgu Ainul utk membina poster bertajuk 'My Digital Skills'.

Program 'Hour of Code' ini akan dilaksanakan oleh semua murid kelas Inovatif secara berperingkat.