Pemenang Pertandingan Membaca Terbanyak PPKI SMKOD Bulan Jun 2023

Tahniah diucapkan kepada Fong Yan Hui atas pencapaian sebagai pemenang Pertandingan Membaca Terbanyak PPKI SMKOD Bulan Jun dengan jumlah bahan bacaan sebanyak 16 buah👏👏👏.


Semoga menjadi inspirasi kepada murid yang lain untuk terus membaca dan menjadi pemenang utk bulan seterusnya. 


PERTANDINGAN MEMBACA TERBANYAK diteruskan lagi untuk Bulan Julai

📌 Terbuka kepada semua murid PPKI SMK Orkid Desa yang menguasai kemahiran membaca.


📌 Penyertaan dikira berdasarkan jumlah buku yang dibaca & laporan NILAM yang direkodkan setiap bulan.


📌 Murid boleh menggunakan bahan Bacaan sendiri seperti artikel, majalah, Buku Cerita, novel, Surat khabar atau mendapatkan bahan Bacaan dalam bentuk digital (ebook) dan buku audio visual di bit.ly/webookppkismkod


📌 Setelah membaca, rekodkan ke dalam laporan NILAM di bit.ly/nilamppkismkod


📌 Minimum 3 buah Buku direkodkan setiap bulan utk menyertai pertandingan ini dan menerima sijil penyertaan. 


📌 Pemenang akan dipilih setiap bulan berdasarkan jumlah buku Terbanyak yang dibaca dan direkodkan. Elakkan merekod Buku yang sama. 


📌 Pemenang bulanan akan menerima plak dan sijil. Pemenang bulanan paling banyak akan dipilih sebagai Tokoh NILAM PPKI SMK Orkid Desa dan akan menerima trofi keseluruhan.


📌 Ibu bapa boleh menyemak jumlah buku yang dibaca dan direkodkan oleh anak-anak di bit.ly/enilamppkismkod


Anjuran:

Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa


Guru Penyelaras:

Pn Siti Ainulmursyida Binti Shamsudin

PROGRAM MOBILITI BOLING 2023

Rabu, 21 Jun 2023 - Program Mobiliti Boling merupakan salah satu program terapi atau sokongan tahunan yang dilaksanakan oleh murid-murid berkeperluan Pendidikan Khas di PPKI. Program Mobiliti Boling yang pertama kali diadakan pada tahun ini berjalan lancar melibatkan 63 orang murid dengan kerjasama 9 orang guru serta 5 orang pembantu pengurusan murid. 

Selain dijadikan sebagai terapi, program ini diadakan bertujuan untuk melatih kemahiran sosial dan motor kasar murid. Kemahiran Sosial dan semangat kesukanan dapat ditingkatkan melalui permainan Boling berkumpulan. Selain itu, program Boling ini juga turut tersenarai dalam item Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah untuk murid berkeperluan Pendidikan Khas.