FESTIVAL KESENIAN, KEMAHIRAN & KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT WPKL

 17 & 19 Januari 2023

Lawatan ke Festival Kesenian, Kebudayaan dan Kemahiran Pendidikan Khas peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam festival ini, SMK Orkid Desa telah turut serta dalam 4 kategori pertandingan iaitu Peragaan Busana Tradisional Sindrom Down diwakili oleh Nur Alisya dari kelas 4 Kreatif, Hiasan Pulut Kuning diwakili oleh Wafiy Danial dari kelas 2 Inovatif, Gubahan Bunga Telur diwakili oleh Wesley Tan dari kelas 4 Inovatif dan Mewarna Batik diwakili oleh Joshua Thoong juga dari kelas 4 Inovatif. Syabas dan tahniah!












































MAJLIS ANUGERAH HAL EHWAL MURID, KOKURIKULUM & NILAM 2022

 Pada 8 Disember 2022, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan NILAM. Majlis ini diadakan adalah bagi menghargai murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dari segi sahsiah, kokurikulum dan program NILAM.

Seramai 23 orang murid PPKI telah dipilih sebagai penerima Anugerah dalam Majlis ini. Syabas dan tahniah kepada semua atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga menjadi sumber inspirasi kepada murid yang lain.