PERTANDINGAN SELAWAT DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL

 Syabas kepada murid-murid PPKI SMK Orkid Desa beragama Islam yg telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur yang telah berlangsung pada 7 Oktober 2022. Pertandingan selawat dan perarakan ini turut disertai oleh murid-murid dari rumah sukan Tun Mahathir, Tun Hussein On, Tun Abdul Razak & Tun Abdullah. Tahniah kepada kumpulan perarakan PPKI di bawah pimpinan Cikgu Ezani dan Cikgu Rohaya kerana telah berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan ini. 

Terima kasih Cikgu Rohaya yg berusaha menjahit sendiri tongkolok utk anak2 PPKI SMK Orkid Desa. Semua kelihatan segak dan bergaya.









































LARIAN MERENTAS DESA TAHUN 2022

 Setelah 2 tahun ketiadaan program Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah akibat covid-19, akhirnya pada hari ini, 25 September 2022 berlangsung Larian Merentas Desa SMK Orkid Desa utk tahun 2022. Program berlangsung dengan meriah dengan penyertaan majoriti murid termasuk murid berkeperluan Pendidikan Khas. Larian Merentas Desa Kali ini bermula di perkarangan Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai. Murid-murid PPKI SMK Orkid Desa berjaya menamatkan larian 1.3km yg turut disertai oleh ibu bapa. 

Untuk kategori kefungsian rendah lelaki, Tempat pertama dimenangi oleh Jason Loy, Tempat Kedua dimenangi oleh Tan Jun Sen dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Tan Jun Shin diikuti oleh 7 orang murid lain yang turut mendapat pingat. 

Manakala bagi kategori kefungsian sederhana/tinggi lelaki, Tempat Pertama dimenangi oleh Amir Irfan, Tempat Kedua dimenangi oleh Mohammad Alif Dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Irfan Zikry diikuti oleh 7 orang lagi murid yang mendapat pingat.

Bagi kategori perempuan, Tempat pertama dimenangi oleh Chin Ting Zhen, Tempat Kedua dimenangi oleh Kok En Tong Dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Nurul Aqilah diikuti 7 orang murid Tempat ke 4 hingga ke 10 yang turut menerima pingat.

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang menyertai pertandingan. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir atas sokongan padu.