KL IT CHALLENGE 2022

 Kuala Lumpur IT Challenge merupakan pertandingan ICT yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan murid berkeperluan Pendidikan Khas. Setiap tahun PPKI SMK Orkid Desa menghantar wakil murid untuk menyertai pertandingan ini. Pada tahun ini, PPKI SMK Orkid Desa telah menghantar 5 orang murid sebagai wakil Di bawah bimbingan Cikgu Siti Ainulmursyida Bt Shamsudin. Pertandingan berlangsung pada 19 hingga 22 September 2022.

Pertandingan ini berjalan lancar dengan bantuan jawatankuasa yg terlibat. Berikut merupakan gambar sekitar pertandingan.























   

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS SMK ORKID DESA TAHUN 2022

 Pada 1 September 2022 telah berlangsung kejohanan sukan dan olahraga peringkat sekolah bagi murid berkeperluan Pendidikan Khas. Antara acara yg dipertandingkan adalah lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Setiap rumah sukan menghantar 2 orang murid bagi mewakili rmh dalam acara tersebut.

Tahniah kepada murid yg berjaya mendapat tempat dan Syabas kepada semua murid yang menyertai. Hadiah akan diberikan semasa Kejohanan Sukan & Olahraga SMK Orkid Desa yg akan diadakan pada 29 September nanti.