TAHNIAH AMIR IRFAN!

Pada hari ini iaitu 7 Julai 2022 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat JPWPKL. 

Setinggi-tinggi tahniah kepada Amir irfan bin Mohd Samsuri atas pencapaiannya mendapat Naib Johan Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat JPWPKL Tahun 2022 Kategori Masalah Pembelajaran (L) 5KM Bawah 15. Tahniah jugak kepada guru pembimbing Cikgu Ezani.












PROJEK NAIK TARAF PUSAT SUMBER DIGITAL

 Projek Naik Taraf Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa baru bermula. Antara tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan lagi kemudahan ICT dan menceriakan lagi Pusat Sumber PPKI SMK Orkid Desa. Semoga projek dapat dilaksanakan dengan jayanya.















RIMUP RAMAH MESRA AIDILFITRI, HARI GURU DAN HARI LAHIR

 25 MEI 2022

RIMUP Ramah Mesra Aidilfitri, Hari Guru dan Hari Lahir PPKI SMK Orkid Desa berjalan lancar dan meriah pada hari ini. Syabas & tahniah kepada Guru-guru, PPM & murid PPKI SMK Orkid Desa kerana telah bertungkus lumus merewang selama 2 hari untuk menjayakan majlis pada hari ni. Terima kasih kpd PIBG, guru-guru & ibu bapa yg telah memberi sumbangan sama ada dlm bentuk kewangan atau makanan.

Di samping mengeratkan  warga PPKI SMK Orkid Desa, pengumpulan evidens untuk Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) juga dapat dilaksanakan utk memenuhi 5 EBAI yg tersenarai. Semoga lebih banyak lagi program-program dapat dilaksanakan di masa akan datang dengan kerjasama semua