HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BERSEMUKA PENGGAL 2 TAHUN 2021

 4 Oktober 2021

Hari pertama persekolahan bersemuka bagi MBK PPKI SMK Orkid Desa untuk penggal kedua setelah berbulan-bulan menjalani PdPR.

Pada pagi ini juga, kami menerima lawatan pemantauan oleh Pn. Faizzah Bt Mohd Zaki, Pegawai Khas Sekolah, PPD Bangsar Pudu. Terima kasih atas pemantauan & teguran membina yang diberikan untuk penambahbaikan.

Alhamdulillah, hari pertama persekolahan ini berjalan lancar walaupun hanya 7 orang murid yang hadir ke sekolah. Hal ini kerana masih ramai ibu bapa mengambil keputusan untuk menunggu selesainya suntikan vaksin anak-anak. Semoga kehadiran murid akan semakin meningkat. 
























Syabas & tahniah kepada semua murid yang hadir ke sekolah pada hari ini.


PEMASANGAN KABEL WIFI DI SEKOLAH TERMASUK PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMK ORKID DESA

 1 Oktober 2021

Proses pemasangan kabel utk naik taraf wifi sekolah termasuk di Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa dari petang hingga ke tengah malam. Terima kasih kpd tuan pengetua, En Awang Bin Dollah, PK Pendidikan Khas, En Shukry Bin Hussain, Cikgu Ezani & Cikgu Rozi yang membantu.

Semoga anak2 PPKI SMK Orkid Desa memperoleh manfaat daripada pemasangan WiFi ini.











PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI MBK PPKI SMK ORKID DESA

 30 OKTOBER 2021

Terima kasih kepada guru-guru & PPM PPKI SMK Orkid Desa yang hadir bergotong-royong membersihkan serta menyusun atur kelas & bilik khas di PPKI SMK Orkid Desa.

Semua bilik & kelas telah disanitasi, kedudukan meja murid dijarakkan mengikut garis panduan yang ditetapkan & panduan arah telah dilabelkan di sepanjang jalan yang akan digunakan oleh murid berkeperluan khas.

Semoga dipermudahkan urusan semua guru, PPM, murid & ibu bapa bermulanya sesi persekolahan bersemuka 4 Oktober ini.























Photo credit: Cikgu Aina & Cikgu Zaliza