JOHAN KEJOHANAN VIRTUAL RUN PENDIDIKAN KHAS JPWPKL 2021

 Tahniah diucapkan kepada atlet PPKI SMK Orkid Desa, Muhammad Arel Hamizi Bin Mohd Radzi atas kejayaan mendapat JOHAN dalam Kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas JPWPKL 2021, kategori Senior Lelaki.

Tahniah juga kepada Cikgu Ezani selaku guru pembimbing & jurulatih serta Tahniah kepada ibu Arel Hamizi atas kerjasama & usaha untuk memantau jadual latihan Arel di rumah sehingga berjaya memperoleh Johan dalam pertandingan ini. Semoga berjaya di peringkat Kebangsaan nanti.



PEMENANG PERTANDINGAN E-MAHABBAH PENDIDIKAN KHAS DAERAH BANGSAR/PUDU

 Tahniah kepada 3 org murid PPKI SMK Orkid Desa yang telah berjaya mendapat tempat dalam Pertandingan e-Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Bangsar/Pudu.

1. Vikesh Rao A/L Murugan Ravu - Tempat Pertama e-Deklamasi Sajak


2. Kaviraj A/L Segar - Tempat Ketiga e-Deklamasi Sajak


3. Azri Fahmi Noh Bin Mohd Fazil - Tempat Ketiga e-Syarahan


Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa. Teruskan usaha untuk pertandingan yg akan datang. Peluang masih ada selagi kita terus mencuba & tidak berputus asa.

Tahniah juga kepada semua pemenang & syabas kepada semua peserta. Kamu semua hebat. 👍

PENERIMA ANUGERAH PDPR TAHUN 2020

 Wajah-wajah gembira pemenang Anugerah PdPR Tahun 2020.

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang menunjukkan kecemerlangan dan aktif dalam program-program yang dianjurkan oleh PPKI SMK Orkid Desa pada tahun 2020. Semoga dapat mengekalkan kecemerlangan pada tahun 2021 ini dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dalam aktiviti serta kelas PdPR.