PPKI SMKOD MOBILE LEGEND CHALLENGE 2021

Pada 21 & 22 Julai yang lalu, PPKI SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Mobile Legend Challenge yg telah disertai oleh 10 orang murid PPKI SMK Orkid Desa. Dalam pertandingan tersebut, kumpulan yang diketuai oleh Aiman Fahmi Noh telah memenangi kedua-dua pusingan dengan catatan mata 23-4 dan 70-25.

Pertandingan ini telah ditayangkan secara LIVE di YouTube Channel Cikgu Ainul: https://youtu.be/dGBIygG66iY



Tahniah kepada pemenang & Syabas kpd kedua-dua kumpulan yang telah berusaha dalam pertandingan ini. Semoga pertandingan seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.








KARNIVAL E-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

 Ayuh Semua 

Bersama Kita Meriahkan Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas JPWPKL 2021 Yang Telah Dilanjutkan Tarikh Penyertaan Sehingga 30 Julai 2021 Dengan Syarat-Syarat Penyertaan Yang Baharu Gaiss

💪🏻🤙🏻

Jadi, Gunakanlah Kelebihan Ini Untuk Melatih Anak-Anak Kita Untuk Mereka Meneroka Potensi Diri Ke Arah Kecemerlangan & Manfaat Kepada Peningkatan Keyakinan Diri Mereka


#KarnivaleKokurikulumPendidikanKhas

#JPWPKL #MenerokaPotensiMurid 

#StaySafe #StayHome #HapusRantaianCovid19

#KitaMestiMenang #PerintahKawalanPergerakan



6 PERMAINAN BAHASA YANG SESUAI DIMAINKAN DI KELAS DALAM TALIAN

 


6 PERMAINAN BAHASA YANG SESUAI DIMAINKAN DALAM KELAS ONLINE

=================================

Perkongsian buat rakan2 guru terutama guru Bahasa. Mungkin ada yg dah bosan guna permainan online yg sama je kan utk PdPR.

Asyik2 Quizziz. Asyik2 Kahoot. Asyik2 Wordwall.

Jom pelbagaikan dengan 6 permainan online yg ni pulak. Memang nampak agak klasik tapi sekurang-kurangnya ada antara permainan ini memerlukan murid bergerak.Tak hanya duduk setempat. Dan murid tak ada pilihan lain kecuali on kamera untuk turut serta bermain. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.


🌸🌸🌸🌸🌸🌸

1. Permainan Treasure Hunt.

Permainan ini sgt baik untuk melatih kemahiran mendengar dan kemahiran berfikir, juga bagus utk meningkatkan perbendaharaan kata murid.

Cara bermain:

Minta murid utk melihat di sekeliling mereka dan cari sesuatu objek mengikut warna yg diminta oleh guru. Beri murid masa 1-2 minit utk mencari objek tersebut.

Selain tu, boleh juga minta murid mencari objek mengikut huruf permulaan bagi ejaan objek tersebut. Cthnya: cari objek yg mula dengan 'R'.

Atau cikgu2 boleh gunakan gambar dlm kls online & minta murid mencari objek dlm gmbar seperti yg dikehendaki.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

2. Permainan Cari Objek tersembunyi.

Permainan ni sgt sesuai utk tingkatkan kosa kata, kemahiran mendengar & pemahaman murid. Kita boleh gunakan permainan ni utk Topik Kata Nama (Nouns), Kata Adjektif (Adjectives) & 'prepositions of place'. 

Cara bermain:

Sebelum kelas, cari & sediakan gambar dgn objek yg berbeza. (Cthnya: Bilik yg berselerak @ kerusi yg penuh dgn brg). Kongsikan gambar dengan murid termasuk senarai 10 objek yg perlu mereka cari. 

Cikgu2 boleh terangkan objek tu dgn lebih spesifik spt 'belon besar berwarna biru.' 

Bila murid dah jumpa objek tu, cikgu2 boleh minta murid bulatkan objek itu utk tunjukkan Lokasi. Cikgu2 boleh gunakan Jamboard utk aktiviti ni. 

Boleh juga guna kaedah yg sama utk permainan 'People Hunt'. Contohnya, minta murid mencari imej org dlm gmbar mengikut Ciri2 yg dikehendaki.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

3. Permainan Lukis & Teka. 

Permainan utk meningkatkan kosa kata

Cara bermain:

Pilih objek di rumah yg murid x boleh nampak. Kemudian, lukis di virtual whiteboard. Semasa cikgu2 melukis, murid perlu meneka. Utk jadikan permainan lebih menarik, cikgu2 boleh set masa untuk permainan. Boleh juga minta murid melukis & rakan yg lain meneka.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

4. Permainan 'Yang Ganjil Keluar'

Membantu murid meningkatkan daya tumpuan di dlm kelas online.

Cara bermain:

Berikan senarai 5 objek yg mana satu daripadanya mempunyai ciri yg berbeza. Cthnya: lembu, kambing, rusa, kerbau, ayam. Minta murid kenal pasti satu yg tidak sama ciri. Dan minta murid jelaskan sebab pilihan mereka. 

Boleh juga menggunakan senarai perkataan yg sama bunyi & minta murid kenal pasti yg berbeza dlm senarai. Cikgu2 juga boleh gunakan gambar menggantikan senarai perkataan.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

5. Permainan 'Give me five'

Permainan ini dpt meningkatkan kemahiran bertutur & kosa kata.

Cara bermain:

Senaraikan kategori di virtual board seperti warna, makanan, kenderaan. Kemudian minta murid pilih satu kategori. Jika murid memilih kategori makanan, minta murid senaraikan 5 makanan. Murid perlu senaraikan dlm masa kurang 1 minit. Cikgu2 boleh juga gunakan huruf permulaan sbg panduan. Contohnya 'senaraikan 5 nama objek yg bermula dgn 'B'. 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

6. Permainan Rantai Kata

Permainan mudah je tapi menarik. Terutama untuk subjek Bahasa. Kalau bahasa inggeris, boleh semak pronunciation murid. 

Cara bermain:

Berikan kategori. Kemudian murid pertama akan sebut apa2 perkataan dlm kategori itu. Murid seterusnya akan menyambung dengan menyebut perkataan lain yang bermula dgn huruf terakhir perkataan yg disebut oleh murid sebelum itu. Cth, kategori makanan. Jika murid A sebut 'laksa', murid kedua akan sebut 'akok'. 

Murid yg lambat menyambung perkataan dikira terkeluar dari permainan & hanya akan menjadi pemerhati utk pusingan itu. Mayb, cikgu2 boleh kenakan denda kpd mereka seperti menyanyi. 

P/S: Permainan ini telah saya olah dari Sumber BridgeUNIVERSE untuk kesesuaian murid.

SEMOGA BERMANFAAT.

#ByCikguAinul

#ForPdPR

#PPKISMKORKIDDESA