KARNIVAL E-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

 Ayuh Semua 

Bersama Kita Meriahkan Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas JPWPKL 2021 Yang Telah Dilanjutkan Tarikh Penyertaan Sehingga 30 Julai 2021 Dengan Syarat-Syarat Penyertaan Yang Baharu Gaiss

💪🏻🤙🏻

Jadi, Gunakanlah Kelebihan Ini Untuk Melatih Anak-Anak Kita Untuk Mereka Meneroka Potensi Diri Ke Arah Kecemerlangan & Manfaat Kepada Peningkatan Keyakinan Diri Mereka


#KarnivaleKokurikulumPendidikanKhas

#JPWPKL #MenerokaPotensiMurid 

#StaySafe #StayHome #HapusRantaianCovid19

#KitaMestiMenang #PerintahKawalanPergerakan



6 PERMAINAN BAHASA YANG SESUAI DIMAINKAN DI KELAS DALAM TALIAN

 


6 PERMAINAN BAHASA YANG SESUAI DIMAINKAN DALAM KELAS ONLINE

=================================

Perkongsian buat rakan2 guru terutama guru Bahasa. Mungkin ada yg dah bosan guna permainan online yg sama je kan utk PdPR.

Asyik2 Quizziz. Asyik2 Kahoot. Asyik2 Wordwall.

Jom pelbagaikan dengan 6 permainan online yg ni pulak. Memang nampak agak klasik tapi sekurang-kurangnya ada antara permainan ini memerlukan murid bergerak.Tak hanya duduk setempat. Dan murid tak ada pilihan lain kecuali on kamera untuk turut serta bermain. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.


🌸🌸🌸🌸🌸🌸

1. Permainan Treasure Hunt.

Permainan ini sgt baik untuk melatih kemahiran mendengar dan kemahiran berfikir, juga bagus utk meningkatkan perbendaharaan kata murid.

Cara bermain:

Minta murid utk melihat di sekeliling mereka dan cari sesuatu objek mengikut warna yg diminta oleh guru. Beri murid masa 1-2 minit utk mencari objek tersebut.

Selain tu, boleh juga minta murid mencari objek mengikut huruf permulaan bagi ejaan objek tersebut. Cthnya: cari objek yg mula dengan 'R'.

Atau cikgu2 boleh gunakan gambar dlm kls online & minta murid mencari objek dlm gmbar seperti yg dikehendaki.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

2. Permainan Cari Objek tersembunyi.

Permainan ni sgt sesuai utk tingkatkan kosa kata, kemahiran mendengar & pemahaman murid. Kita boleh gunakan permainan ni utk Topik Kata Nama (Nouns), Kata Adjektif (Adjectives) & 'prepositions of place'. 

Cara bermain:

Sebelum kelas, cari & sediakan gambar dgn objek yg berbeza. (Cthnya: Bilik yg berselerak @ kerusi yg penuh dgn brg). Kongsikan gambar dengan murid termasuk senarai 10 objek yg perlu mereka cari. 

Cikgu2 boleh terangkan objek tu dgn lebih spesifik spt 'belon besar berwarna biru.' 

Bila murid dah jumpa objek tu, cikgu2 boleh minta murid bulatkan objek itu utk tunjukkan Lokasi. Cikgu2 boleh gunakan Jamboard utk aktiviti ni. 

Boleh juga guna kaedah yg sama utk permainan 'People Hunt'. Contohnya, minta murid mencari imej org dlm gmbar mengikut Ciri2 yg dikehendaki.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

3. Permainan Lukis & Teka. 

Permainan utk meningkatkan kosa kata

Cara bermain:

Pilih objek di rumah yg murid x boleh nampak. Kemudian, lukis di virtual whiteboard. Semasa cikgu2 melukis, murid perlu meneka. Utk jadikan permainan lebih menarik, cikgu2 boleh set masa untuk permainan. Boleh juga minta murid melukis & rakan yg lain meneka.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

4. Permainan 'Yang Ganjil Keluar'

Membantu murid meningkatkan daya tumpuan di dlm kelas online.

Cara bermain:

Berikan senarai 5 objek yg mana satu daripadanya mempunyai ciri yg berbeza. Cthnya: lembu, kambing, rusa, kerbau, ayam. Minta murid kenal pasti satu yg tidak sama ciri. Dan minta murid jelaskan sebab pilihan mereka. 

Boleh juga menggunakan senarai perkataan yg sama bunyi & minta murid kenal pasti yg berbeza dlm senarai. Cikgu2 juga boleh gunakan gambar menggantikan senarai perkataan.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

5. Permainan 'Give me five'

Permainan ini dpt meningkatkan kemahiran bertutur & kosa kata.

Cara bermain:

Senaraikan kategori di virtual board seperti warna, makanan, kenderaan. Kemudian minta murid pilih satu kategori. Jika murid memilih kategori makanan, minta murid senaraikan 5 makanan. Murid perlu senaraikan dlm masa kurang 1 minit. Cikgu2 boleh juga gunakan huruf permulaan sbg panduan. Contohnya 'senaraikan 5 nama objek yg bermula dgn 'B'. 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

6. Permainan Rantai Kata

Permainan mudah je tapi menarik. Terutama untuk subjek Bahasa. Kalau bahasa inggeris, boleh semak pronunciation murid. 

Cara bermain:

Berikan kategori. Kemudian murid pertama akan sebut apa2 perkataan dlm kategori itu. Murid seterusnya akan menyambung dengan menyebut perkataan lain yang bermula dgn huruf terakhir perkataan yg disebut oleh murid sebelum itu. Cth, kategori makanan. Jika murid A sebut 'laksa', murid kedua akan sebut 'akok'. 

Murid yg lambat menyambung perkataan dikira terkeluar dari permainan & hanya akan menjadi pemerhati utk pusingan itu. Mayb, cikgu2 boleh kenakan denda kpd mereka seperti menyanyi. 

P/S: Permainan ini telah saya olah dari Sumber BridgeUNIVERSE untuk kesesuaian murid.

SEMOGA BERMANFAAT.

#ByCikguAinul

#ForPdPR

#PPKISMKORKIDDESA

7 EXTENSIONS MENARIK YANG WAJIB DIGUNA UTK KELANCARAN KELAS ONLINE DI GOOGLE MEET


 7 EXTENSIONS MENARIK YANG WAJIB DIGUNA UTK KELANCARAN KELAS ONLINE DI GOOGLE MEET

    1.Auto admit

Extension ni membenarkan cikgu2 admit murid masuk ke kelas online secara automatik. Ini dpt atasi masalah murid yg cuba masuk ke kelas online ketika cikgu sedang rancak mengajar @ ketika cikgu sedang menunjukkan slaid kepada murid. Tanpa auto admit, guru mungkin tidak sedar request dari murid utk masuk ke kelas. 

Tutorial & cara penggunaan

Klik link ini untuk install


    2.Dualles

Gunakan Dualless untuk asingkan skrin kepada 2 Windows supaya cikgu2 boleh share screen dan monitor murid dalam masa yg sama. Cikgu2 tidak perlu lagi menggunakan 2 monitor untuk pantau murid ketika membentangkan slaid. 

Tutorial & cara penggunaan

Klik link ini untuk menggunakannya


    3.Google Meet Attendance

Extension ini akan merekod senarai murid yg hadir dalam kelas online. Senarai kehadiran akan di simpan dlm bentuk Google sheet di desktop cikgu secara automatik selepas kelas berakhir. Keistimewaan extensions ini adalah, cikgu akan dpt kesan murid yang ponteng di pertengahan kelas online kerana masa masuk & keluar akan tercatat. 

Tutorial & cara penggunaan

Klik link ini untuk menggunakannya


    4.Mute All on meet

Extension ini membantu ketika guru sedang memberikan penerangan dlm kls online tetapi murid bercakap @ Berbuat bising. Mungkin juga bunyi bising dtg dari persekitaran rmh murid. Jadi, dgn extension ini, cikgu hanya perlu klik kepada simbol mic mute all untuk pastikan semua murid mute tanpa mengarahkan murid utk mute mic sendiri. Hanya guru sebagai host/admin google meet saja yg boleh menggunakannya. Walau bagaimanapun, Gmeet sekarang telah dilengkapi button function ini. Cikgu2 boleh terus menggunakannya. 

Tutorial & cara penggunaan

Klik link ini untuk menggunakannya


    5.Push to talk

Ini adalah extension yg bagus untuk murid gunakan terutama bagi murid yg mempunyai masalah untuk mute/unmute mic. Kebiasaannya, murid akan mute mic setiap kali kelas online. Tetapi bila mereka ingin bercakap @ menjawab soalan, murid perlu klik butang mute & klik semula utk unmute. Bila extension ni digunakan, murid/guru hanya perlu tekan 'space bar' utk bercakap atau utk unmute. Bila murid tekan semula 'space bar', automatic mic murid itu akan terus mute semula. Jadi, murid tak perlu bersusah payah untuk klik button mic utk mute & unmute mic menggunakan mouse. (sesuai utk murid yg menggunakan desktop/laptop) 

Tutorial & cara penggunaan

Klik link ini utk install & menggunakannya


    6.Reactions - 

Salah satu masalah yg di hadapi oleh guru dalam kelas online adalah untuk mendapatkan reaksi murid atau feedback murid semasa pembentangan slaid di google meet. Bila cikgu2 memulakan pembentangan slaid & pengajaran di kls online, cikgu2 tak dpt nampak muka murid dan tak dpt menilai keberkesanan pengajaran cikgu. Dengan install extension ni, cikgu2 akan dpt menggunakan simbol reaksi emoji utk mendapatkan maklum balas murid & dapat mengetahui sama ada murid memahami atau tidak. Bagi membolehkan extension ini berguna, cikgu2 & murid perlu install extension ni supaya pilihan reaksi emoji dapat dilihat. 

Tutorial & cara penggunaan:

Akan saya update di YouTube Channel Cikgu Ainul 

Klik di sini untuk menggunakannya


    7.Mouse highlighter/custom cursor

Kadang2 agak sukar untuk murid melihat & mengesan mouse cursor cikgu2 apabila cikgu2 berkongsi slaid semasa kelas online. Extension 'highlight mouse cursor' ini adalah feature yg terdapat pada chrome webstore. Atau untuk lebih menarik, cikgu2 boleh install extension 'custom cursor' yg menggunakan character cartoon yg boleh menarik minat murid untuk fokus. 

Tutorial & cara penggunaan

Klik di sini untuk install: