PROGRAM MENJELANG AIDILFITRI 2021

 Program menjelang Aidilfitri 2021 oleh anak2 PPKI SMK Orkid Desa. Walau pun tak jadi exactly seperti yg dirancang akibat arahan penutupan sekolah secara tiba2, tapi sempat juga murid2 siapkan projek kuih raya bersama cikgu2 & sempat juga diedarkan kpd ibu bapa murid semasa sesi pengedaran bahan PdPR pada hari Khamis, 6 Mei 2021. 

Syabas semua murid & guru-guru yang terlibat 👍




























MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PENGAWAS SPBT TAHUN 2021

 Berakhir sudah Majlis Pelantikan Pengawas SMK Orkid Desa bagi sesi 2021. Majlis yg diadakan pada 26 April 2021 bertempat di Dewan Utama SMK Orkid Desa itu turut melibatkan seramai 9 orang murid PPKI SMK Orkid Desa iaitu 3 orang sebagai Pengawas Sekolah, 3 orang lagi Pengawas Pusat Sumber & 3 orang Pengawas SPBT.

PROGRAM JOM BACA BERSAMA

 Pada 22 April 2021, bermula pukul 11 pagi hingga pukul 11.10 pagi, seluruh Malaysia telah melaksanakan program Jom Baca Bersama yang dilaksanakan selama 10 minit. Murid-murid PPKI SMK Orkid Desa juga turut serta menyokong kempen dan menjalankan program. Ada antara murid yang membawa bahan bacaan sendiri, ada juga yg menggunakan bahan bacaan yang dibekalkan dan ada juga yang menggunakan ebook yang dimuat naik dalam rak buku digital PPKI SMK Orkid Desa.