AKTIVITI KOKURIKULUM MAYA TAHUN 2021

 

Walaupun kekangan untuk mengadakan aktiviti kokurikulum secara bersemuka seperti tahun-tahun yang lalu, namun tiada alasan untuk aktiviti kokurikulum tidak dilaksanakan. Perjumpaan dan aktiviti kokurikulum secara maya tetap diteruskan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur dan dapat dilaksanakan dengan jayanya sebelum persekolahan bersemuka. Syabas kepada semua murid yang bersemangat menyertai aktiviti secara online ini. 

Semoga wabak Covid-19 ini segera beransur.

GALERI AKTIVITI KOKURIKULUM MAYA















TUTORIAL PENGGUNAAN DIGITAL CLASSROOM PPKI SMKOD

 TUTORIAL PENGGUNAAN DIGITAL CLASSROOM PPKI SMKOD

(Menggunakan smartphone)


Buat ibu bapa @ murid yang masih mempunyai masalah dalam penggunaan Digital Classroom, gg.gg/ppkismkod, mohon tonton video ini hingga habis.

Diharap dapat membantu memudahkan ibu bapa untuk kemaskini dan memantau latihan PdPR anak-anak. Semoga Digital PPKI ini dapat dimanfaatkan. 

Terima kasih

DIGITAL CLASSROOM PPKI SMK ORKID DESA

 Portal penting PPKI SMK Orkid Desa untuk murid-murid dan ibu bapa gunakan semasa PdPR 2.0

Digital Classroom PPKI SMK Orkid Desa 


Digital Classroom ini digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk hebahan & tugasan kepada murid serta ibu bapa bagi mengurangkan lambakan maklumat di kumpulan WhatsApp Ibu bapa. Dalam portal ini juga terdapat rekod PdPR murid dari segi laporan kehadiran & penghantaran tugasan. 

Laporan aktiviti Kokurikulum semasa PdPR juga boleh didapati di Portal ini. 

Bagi membantu ibu bapa serta murid dalam penggunaan portal ini, Ibu bapa boleh merujuk kepada Manual Penggunaan Digital Classroom (Untuk Ibu Bapa & murid) . 

MANUAL PENGGUNAAN DIGITAL CLASSROOM (IBU BAPA DAN MURID) PPKI SMK ORKID DESA 

Bagi membantu guru-guru menggunakan Digital Classroom, guru-guru boleh merujuk kepada manual Penggunaan Digital Classroom (Untuk Guru)

MANUAL PENGGUNAAN DIGITAL CLASSROOM (GURU) PPKI SMK ORKID DESA

Diharap dengan adanya portal Digital Classroom ini, dapat membantu memudahkan ibu bapa untuk mendapatkan tugasan murid sama ada tugasan baru atau tugasan lama. Maka murid-murid tidak keciciran maklumat.