KUALA LUMPUR IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES 2020

 Pada 2 September 2020 telah diadakan pertandingan Kuala Lumpur IT Challenge For Youth With Disabilities Peringkat JPWPKL. PPKI SMK Orkid Desa turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana 4 orang wakil peserta turut sama terlibat mewakili sekolah.

Peserta-peserta dari PPKI SMK Orkid Desa adalah:

1. Ammeer Badrul Hisham (Kategori Masalah Pendengaran) 

2. Lee Ming Hui (Kategori Masalah Fizikal) 

3. Nurul Fathiah Abd Razak (Kategori Masalah Pembelajaran) 

4. Liew Yan Hao (Kategori Masalah Pembelajaran) 

Muhammad Ammeer Badrul Hisham telah berjaya meraih Johan Kategori Masalah Pendengaran utk pertandingan elifemap & eTool

Manakala, Lee Ming Hui telah berjaya meraih Naib Johan kategori Masalah Fizikal untuk pertandingan Elifemap dan Tempat Ketiga untuk pertandingan eTool. 

Secara tak langsung melayakkan Muhammad Ammeer Badrul Hisham untuk ke Malaysia IT Challenge peringkat Kebangsaan mewakili Kuala Lumpur.









MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2020

 MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2020

Tarikh: 13 Ogos 2020

Tempat: Dewan Utama SMK Orkid Desa

Syabas & tahniah kepada semua penerima anugerah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dlm kurikulum untuk tahun 2019.

Semoga dgn penganugerahan ini dpt meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk lebih cemerlang di masa akan dtg serta menjadi sumber inspirasi kepada murid yg lain.












PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMK ORKID DESA

Pusat Sumber Digital PPKI SMKOD diwujudkan bermula tahun 2019. Objektif diwujudkan pusat sumber ini adalah untuk membudayakan murid dengan tabiat membaca dalam masa yang sama meningkatkan literasi dalam menggunakan ICT. Tiada lagi buku berbentuk maujud sebaliknya murid dapat membaca buku-buku di rak buku maya walau di mana pun mereka berada.

Pusat Sumber Digital PPKI SMKOD juga telah menerima tajaan & sumbangan dari Yayasan PETRONAS. Terima kasih Yayasan PETRONAS.

RAK BUKU MAYA PUSAT SUMBER DIGITAL PPKI SMKOD
================

Pautan ke Rak Buku Maya :
https://fliphtml5.com/bookcase/iqpuk

Guru Penyelaras Projek :
Cikgu Siti Ainulmursyida Bt Shamsudin 
Guru Pusat Sumber & ICT PPKI SMKOD