JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM & KOKURIKULUM 2019

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM SMK ORKID DESA TAHUN 2019 

20 Oktober 2019

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian cemerlang yang ditunjukkan dalam Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid sepanjang tahun 2019.

Tahniah juga buat Penerima Anugerah Tokoh Kokurikulum PPKI 2019 iaitu Arel Hamizi & Penerima Anugerah Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) iaitu Mohamad Alif. Semoga Kecemerlangan ini menjadi pemangkin semangat untuk semua murid yang lain. 

Bagi murid yang tidak menerima anugerah pada hari ini, diharap dapat berusaha lagi untuk meningkatkan lagi kecemerlangan pada tahun akan datang. 

Sesungguhnya, semua murid PPKI SMK Orkid Desa mempunyai potensi dan bakat tersendiri untuk pergi lebih jauh ke hadapan.






































FESTIVAL KESENIAN, KEBUDAYAAN, KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN KHAS 2019

Festival Kesenian, Kebudayaan, Kemahiran & Keusahawanan Pendidikan Khas anjuran JPWPKL telah berlangsung pada 15-17 Oktober 2019 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Festival ini dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. 

PPKI SMK Orkid Desa telah menghantar wakil MBK, Wesley Tan utk Pertandingan Gubahan Bunga Telur, Liew Yan Hao utk Pertandingan Masakan Tradisional Tempatan dan Joshua Thong utk pertandingan Mewarna Batik. Ketiga-tiga org murid telah menunjukkan hasil dan pencapaian yang baik dalam pertandingan ini.

Syabas & tahniah Wesley Tan atas kejayaan mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Gubahan Bunga Telur dari bahan kitar semula dengan bimbingan Cikgu Ainulmursyida.

Tahniah juga kepada Joshua Thong & Liew Yan Hao yg telah menunjukkan hasil yang baik dalam Pertandingan Mewarna Batik dan Pertandingan Masakan Tradisional Tempatan sehingga mendapat pujian dari Raja Permaisuri Agong. Tahniah kpd Cikgu Nurzaliza & Cikgu Tharwati yang bersungguh-sungguh melatih utk persiapan pertandingan ini. Syabas atas semangat & keberanian semua melibatkan diri dalam pertandingan kali ini. Semua sememangnya pemenang kerana tidak mengaku kalah sebelum bertanding.

Majlis penutup pada 17 Oktober telah dihadiri oleh murid-murid PPKI SMK Orkid Desa bersama guru & ppm.