MAJLIS PELANTIKAN KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN 2019

Pada 22 Januari 2019 yang lalu, telah berlangsung Majlis Perlantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Tingkatan Sesi 2019 bertempat di Dewan Utama, SMK Orkid Desa. Syabas dan tahniah kepada anak-anak PPKI SMKOD yang terpilih memegang jawatan ini. Semoga tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dan dilaksanakan dengan baik.












AKTIVITI PENGAKAP PPKI (MEMASANG KHEMAH)

Tarikh: 18 Januari 2019
Masa : 7.35 - 8.55 pagi

Alhamdulillah, semua murid PPKI SMKOD gembira hari ini kerana dapat belajar memasang khemah. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti pengakap PPKI. Walaubagaimanapun aktiviti ini dilaksanakan pada waktu Pendidikan Jasmani Kesihatan kerana aktiviti memasang khemah turut terkandung dalam silibus PJK Pendidikan Khas. 






















MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2019

Pada hari yang sama dengan program gotong-royong, iaitu pada 11 Januari 2019 telah dilaksanakan juga Mesyuarat Agung Rumah Sukan Kali Pertama. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih jawatankuasa di kalangan murid bagi setiap rumah sukan. Alhamdulillah program ini juga berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua guru dan murid. Alhamdulillah.