MINGGU ORIENTASI PPKI TAHUN 2019

Pemulaan tahun baru 2019 bermula dengan program Minggu Orientasi yang dijalankan bermula 2 Januari hingga 4 Januari 2019. Pada tahun ini PPKI SMK Orkid Desa telah menerima seramai 13 orang murid baru.  Minggu orientasi ini membuka peluang kepada murid baru untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru sekolah menengah di samping berkenal-kenalan dengan guru dan murid-murid sedia ada.

Semasa program ini, murid dibawa melawat di sekitar sekolah dan PPKI. alhamdulillah, program berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program.