Sepanjang Ramadan bermula 25 Mac 2024 hingga 4 April, PPKI SMK Orkid Desa menjalankan Projek Ole-ole Raya sebagai persiapan Sempena menyambut raya yg bakal menjelang tak lama lagi, team Orchidians Cafe yg terdiri daripada murid kelas Kemahiran Pembuatan Roti telah menyediakan 2 jenis biskut raya sebagai ole2 untuk diedarkan kepada murid2 PPKI SMK Orkid Desa. Anak-anak dari Orchidians Kitchen pula telah berjaya menyiapkan juadah berbuka iaitu agar-agar pencuci mulut, kek pelangi, sagu gula Melaka & Popia Nestum sebagai juadah berbuka dan juadah raya. Kelas Kemahiran Pembungkusan turut menyumbang untuk menjayakan Projek Ole-ole Raya melalui perkhidmatan Pembungkusan kuih raya sebelum diedarkan kepada murid. Syabas semua.